Khamis, 20 Mac 2025
Beijing +30
Rabu, 17 April 2024
Hak Asasi Manusia
Hak asasi manusia merujuk kepada prinsip moral atau norma yang menjelaskan mengenai standard tertentu bagi tabiat atau tingkah laku manusia. Ia selalunya dilindungi dalam undang-undang antarabangsa dan undang-undang domestik sesebuah negara.
- Pengenalan kepada Hak Asasi Manusia
- Pemahaman mengenai Hak Asasi Manusia
- Sejarah Hak Asasi Manusia
- Falsafah Hak Asasi Manusia
- Hak Asasi Manusia di Malaysia
- Rujukan tentang Hak Asasi Manusia
Gambar hiasan dipetik dari laman sesawang UNESCO. Ia adalah sebuah buku berjudul "Human rights education: Key success factors" terbitan tahun 2023. Mohon masukkan maklumat lanjut berkenaan dengan bidang hak asasi manusia untuk dijadikan sebagai rujukan bagi pengajian yang berkaitan. Sekian, terima kasih.
Sabtu, 12 Jun 2021
Politik dan Pentadbiran Malaysia
Malaysia adalah sebuah negara persekutuan yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran raja berperlembagaan. Malaysia diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang dipilih daripada sembilan sultan negeri Melayu untuk berkhidmat selama lima tahun sebagai Ketua Negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera.
Sistem ini adalah berdasarkan kepada Sistem Westminster kerana Malaysia terhasil dari bekas tanah jajahan British. Kuasa eksekutif ditetapkan oleh kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri. Berdasarkan kepada Perlembagaan Malaysia, Perdana Menteri mestilah seorang anggota Dewan Rakyat, yang pada pendapat Yang di-Pertuan Agong (YDPA), memimpin kumpulan majoriti dalam Parlimen. Manakala kabinet merupakan ahli parlimen yang dipilih daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Baca lanjut di sini.
Ahad, 28 Julai 2019
Hak Asasi Manusia
- Hak yang tidak dapat dipisahkan di mana seseorang manusia itu secara semulajadinya berhak terhadapnya kerana dia adalah seorang manusia. Hak asasi ini secara semulajadinya menjadi hak bagi setiap manusia tanpa mengira bangsa, lokasi, bahasa, agama, bangsa, etnik dan status lain;
- Hak yang terpakai di merata-rata tempat pada setiap masa dalam erti kata bahawa ia adalah hak yang sejagat. Hak asasi manusia ini bersifat saksama iaitu ia sama bagi setiap manusia. Seseorang itu dianggap sebagai memerlukan empati. Kedaulatan undang-undang memastikan bahawa seseorang itu mematuhi kewajipan menghormati hak asasi manusia yang lain; dan
- Hak yang tidak boleh dirampas dari seseorang pun kecuali apabila melibatkan beberapa proses berdasarkan kepada keadaan tertentu. Contoh hak asasi manusia yang tergugat adalah seperti seseorang itu dipenjarakan tanpa sebarang perbicaraan, diseksa dan juga dihukum secara tidak adil.
- Pengenalan kepada Hak Asasi Manusia
- Sejarah Hak Asasi Manusia
- Badan Antarabangsa dan Perlindungan Hak Asasi Manusia
- Hak Asasi Manusia di Pelbagai Rantau Dunia
- Falsafah Hak Asasi Manusia
- Konsep dalam Hak Asasi Manusia
- Undang-Undang Hak Asasi Manusia
Ahad, 16 Disember 2018
Kad Perkauman
Masalah perkauman ini selalunya membelenggu negara-negara yang pernah menjadi koloni atau pernah menjadi naungan kepada the Great Britain contohnya seperti Malaysia, Singapura dan Australia. Kalau dalam arkib audio-visual Youtube itu, anda boleh sahaja membuat carian rambang dan lihat dengan mata anda sendiri insiden perkauman yang berlaku dalam kehidupan harian di negara-negara seperti Malaysia, Singapura dan Australia.
Bagi kes di Malaysia pula, ia adalah sebuah persekutuan yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Serawak. Daripada tiga entiti dalam Persekutuan Malaysia ini, Tanah Melayu seringkali dipandang sambil lewa sedangkan ia adalah sebuah rantau yang mempunyai banyak pentadbiran atau kerajaan negeri (negara-kota) yang sudah ada lama sebelum kemasukan British ke sini dan masih wujud lagi sehingga ke hari ini. Masalah ini amatlah menyakitkan hati aku kerana aku memandang diri aku sebagai rakyat negeri kelahiran aku dahulu sebelum aku menganggap diri aku sebagai orang Malaysia namun aku turut terheret dengan masalah perkauman yang berlaku di negeri-negeri orang lain!
- Phil Gasper, Playing the Race Card, International Socialist Review (online)
- The Race Card is as Bad as Racism, News 24 (online)
- M. Stenson, Class, Race and Colonialism in West Malaysia (online)
Rabu, 5 Disember 2018
Politik
Malaysia dan politik memang tidak dapat dipisahkan. Aku hidup pada zaman Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu adalah perdana menteri Malaysia yang keempat. Aku sempat menyaksikan betapa taksubnya masyarakat Malaysia dengan parti politik, kultus tokoh politik mereka dan juga aku merupakan antara generasi yang merasai kesan politik berasaskan latarbelakang perkauman di Malaysia.
Apabila bersembang mengenai hal politik ini, fikiran masyarakat kita pasti akan bertumpu kepada gabungan parti politik seperti Barisan Nasional, PAS atau Pakatan Harapan seperti hari ini. Namun, setakat manakah pemahaman masyarakat kita terhadap istilah politik ini selain daripada ketaksuban kepada parti-parti politik pilihan kita atau pertubuhan kita? Silakan klik pada perkataan yang telah ditebalkan untuk mengakses maklumat:
- Pengenalan kepada Politik
- Jenis-Jenis Politik
- Sejarah Politik Kenegaraan
- Tema-Tema Politik
- Nilai-Nilai Politik
Jumaat, 31 Ogos 2018
Sistem Kerajaan Federalisme
Federalisme adalah sejenis bentuk kerajaan campuran atau gabungan. Ia menggabungkan kerajaan umum (kerajaan pusat atau kerajaan persekutuan) dengan kerajaan-kerajaan rantau seperti kerajaan negeri, wilayah, mandala dan lain-lain ke dalam satu sistem politik.
Apakah signifikasi sistem ini kepada Malaysia? Sistem ini telah dicadangkan oleh Britain semasa mereka dalam peringkat melepaskan tanah jajahan dan tanah naungan mereka bagi menjimatkan kos pentadbiran dan kos pemantauan mereka. Sebelum kita mengetahui faedah dan keburukan sistem ini maka kita perlu mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan konsep yang diperkenalkan ini.
Baca pengenalan lanjut mengenai Federalisme di sini. Untuk rujukan tugasan dan pemahaman mengenai sistem Federalisme atau Gagasan Persekutuan ini, cuba rujuk Syllabus for American Federalism oleh Profesor Dave Robertson di sini.
Compiled: Happy Buffalo
Isnin, 14 Mei 2018
Pelanggaran Hak Asasi Manusia
Aku sering kebingungan hendak menjawab mengenai definisi pelanggaran hak asasi manusia ini. Aku diberitahu oleh mereka yang memberikan latihan asas hak asasi manusia bahawa hak asasi manusia itu adalah seperti yang didefinisikan oleh Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OHCHR). Namun, aku mendapati bahawa definisi yang diberikan oleh mereka itu sebenarnya tidak membantu langsung untuk memberikan kefahaman mengenai apakah situasi yang melibatkan pelanggaran hak asasi manusia kepada rakyat Malaysia yang rata-ratanya bercakap atau komplen saja pandai tapi benda-benda yang asas pun mereka tidak jelas.
Pelanggaran Hak Asasi Manusia
Menurut yang aku fahami hasil dari godekan enjin carian google, disebutkan bahawa negara adalah pelindung utama kepada hak asasi manusia rakyat. Negara berkuasa untuk mengambil tindakan yang perlu bagi melindungi hak asasi manusia rakyatnya. Oleh itu, negara bertanggungjawab jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini ke atas rakyatnya.
Situasi yang membawa kepada pelanggaran hak asasi manusia boleh timbul dalam kes-kes seperti berikut:
- Pencabulan hak asasi manusia oleh negara - pelanggaran hak asasi manusia boleh dilakukan oleh mereka yang berkhidmat untuk negara. Sikap dan tindak-tanduk mereka dianggap sebagai sikap dan tindak-tanduk negara. Agen-agen negara ini boleh jadi adalah pejawat awam atau kakitangan kerajaan tempatan, anggota polis, pendakwaraya, hakim dan sebagainya. Contohnya, hak kita untuk perbicaraan yang adil telah dilanggar oleh hakim yang tidak membenarkan kita untuk memberikan hujah di Mahkamah dalam situasi yang memang dibenarkan oleh undang-undang. Dalam situasi ini, negara telah terang-terang melanggar hak asasi manusia kita kerana Mahkamah (dan juga hakim) adalah merupakan sebahagian daripada sistem negara.
- Kegagalan negara untuk melindungi hak asasi manusia - hal ini adalah keadaan negara yang tidak melindungi hak asasi manusia rakyat apabila ia mempunyai kewajipan untuk berbuat demikian. Dalam kes ini, masalah mungkin timbul antara kita dengan seorang lagi individu dan negara sepatutnya tampil untuk melindungi kita, sebaliknya ia tidak mengendahkan keadaan kita itu. Sebagai contoh, jika kita diserang di jalanan. Negara bertanggungjawab untuk menyiasat jenayah ini dan menghukum mereka yang bertanggungjawab. Agen negara yang menjalankan kewajipan ini adalah pihak polis dan pihak pendakwaraya. Walau bagaimanapun, penting sekali untuk membuat perbezaan mengenai tindakan penyerang tersebut. Tindakan penyerang tersebut dikategorikan sebagai tindakan melanggar undang-undang negara dan satu jenayah. Ia bukan dikategorikan sebagai tindakan yang melanggar hak asasi manusia. Jika pihak polis tidak menjalankan siasatan dengan baik terhadap tindakan jenayah tersebut dan kita ditinggalkan terkontang-kanting begitu sahaja, maka hal ini barulah dikategorikan sebagai pelanggaran hak asasi manusia.
Rujukan
- What is a human rights violation, human rights guide (online)
- ESCR Training Course, Human Rights Library (online)
- Human Rights Case Studies EHRC (online)
Ahad, 1 April 2018
Hak Asasi Manusia Pelaut
- menyeragamkan perundangan maritim negara agar selaras dengan komuniti maritim antarabangsa; dan
- merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maritim yang ulung.
Khamis, 30 Mac 2017
Malaysia and details
- Government agencies
- Statutory bodies
- Foreign missions in Malaysia (links with MOFA Malaysia)
- NGOs
- Online Newspapers
- Financial institutions
- Malaysia and United Nations
References
- Mazwin Nik Anis, "UN Offices in Malaysia Located in Putrajaya", the Star Online, 8 Feb 2018 (online)






