Perkataan politik ini terbit dari kosa kata bahasa Yunani yang digunakan oleh Aristotle untuk menulis bukunya yang berjudul Politika. Perkataan 'Politika' ini diterbitkan dari perkataan 'Polis' yang bermaksud 'hal-ehwal di kota'. Judul buku Aristotle itu kemudian diserapkan ke dalam bahasa Inggeris klasik pada abad ke-15 sebagai Polittiques. Perkataan ini selanjutnya berevolusi menjadi Politics dalam bahasa Inggeris moden. Ringkasnya, perkataan politik ini bermaksud proses membuat keputusan yang terpakai kepada ahli dalam sesuatu kelompok atau perkumpulan orang ramai.
Politik merujuk kepada capaian dan pelaksanaan kedudukan-kedudukan dalam pemerintahan yang mengadakan kawalan ke atas komuniti manusia khususnya dalam suatu negara. Pengajian akademik memberikan tumpuan hanya kepada politik. Pengajian ini digelar sebagai Politologi. Dalam negara bangsa moden, orang ramai membentuk parti politik bagi menyuarakan buah fikiran mereka. Mereka bersepakat untuk mengambil pendirian yang sama dalam kebanyakan isu dan bersetuju untuk menyokong perubahan-perubahan kepada undang-undang serta memilih pemimpin yang sama.
Pilihanraya biasanya diadakan sebagai satu ruang untuk parti-parti politik bertanding. Sebagai contoh, terdapat parti politik yang mempunyai ahli di serata dunia seperti Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) di Afrika Selatan, golongan Konservatif di United Kingdom, Kesatuan Demokratik Kristian (CDU) di Jerman dan Kongres Kebangsaan India di Republik India.
Perkataan politik ini mempunyai lapisan makna yang pelbagai. Ia mempunyai satu set makna yang agak khusus, bersifat deskriptif dan tidak kedengaran menghakimi seperti seni atau sains kerajaan dan prinsip-prinsip politik. Walau bagaimanapun, perkataan politik ini selalu juga membawa konotasi negatif seperti amalan buruk yang tidak jujur dalam sesuatu urusan. Perkataan politik ini digunakan secara negatif bertahun-tahun lamanya. Lirik lagu kebangsaan British yang diterbitkan pada tahun 1745 memohon supaya Tuhan 'membatasi politik mereka. Selain itu terdapat juga frasa seperti 'permainan politik' yang digunakan sekurang-kurangnya sejak tahun 1853 apabila Wendel Phillips, seorang penentang perhambaan mengisytiharkan bahawa, 'Kami tidak bermain politik. Menentang perhambaan itu bukan perkara lawak jenaka bagi kami!'. Frasa tersebut menunjukkan bahawa politik itu dilihat atau digunakan dalam konotasi yang negatif.
Pelbagai kaedah digunakan dalam berpolitik. Hal ini termasuklah mempromosikan pandangan politik seseorang dalam kalangan masyarakat, rundingan dengan pihak-pihak yang terlibat dengan politik, membuat undang-undang dan menjalankan kuasa termasuklah seperti mengisytiharkan perang terhadap seteru. Politik diamalkan dalam pelbagai tahap sosial dalam masyarakat. Dari suku dan puak dalam masyarakat tradisional, dalam kerajaan-kerajaan tempatan yang moden, syarikat-syarikat, institusi-institusi, negara-negara berdaulat sehinggalah ke peringkat antarabangsa.
Selalu juga dikatakan bahawa politik ini adalah mengenai kuasa. Sesuatu sistem politik itu adalah rangka kerja yang mendefinisikan kaedah-kaedah politik yang boleh diterima dalam sesuatu masyarakat. Sejarah pemikiran politik boleh dijejaki sehingga ke zaman purba lagi dengan pembacaan karya-karya huraian seperti Republic oleh Plato, Politics oleh Aristotle dan karya-karya Confucius.