Memaparkan catatan dengan label racism. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label racism. Papar semua catatan

Ahad, 16 Disember 2018

Kad Perkauman


Masalah perkauman ini selalunya membelenggu negara-negara yang pernah menjadi koloni atau pernah menjadi naungan kepada the Great Britain contohnya seperti Malaysia, Singapura dan Australia. Kalau dalam arkib audio-visual Youtube itu, anda boleh sahaja membuat carian rambang dan lihat dengan mata anda sendiri insiden perkauman yang berlaku dalam kehidupan harian di negara-negara seperti Malaysia, Singapura dan Australia.

Bagi kes di Malaysia pula, ia adalah sebuah persekutuan yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Serawak. Daripada tiga entiti dalam Persekutuan Malaysia ini, Tanah Melayu seringkali dipandang sambil lewa sedangkan ia adalah sebuah rantau yang mempunyai banyak pentadbiran atau kerajaan negeri (negara-kota) yang sudah ada lama sebelum kemasukan British ke sini dan masih wujud lagi sehingga ke hari ini. Masalah ini amatlah menyakitkan hati aku kerana aku memandang diri aku sebagai rakyat negeri kelahiran aku dahulu sebelum aku menganggap diri aku sebagai orang Malaysia namun aku turut terheret dengan masalah perkauman yang berlaku di negeri-negeri orang lain!

Dalam bahasa Inggeris, kita sering terjumpa frasa 'playing the race card' yang bermaksud 'bermain kad kaum'. Frasa ini adalah satu simpulan bahasa dalam bahasa Inggeris yang merujuk kepada eksploitasi sama ada sikap perkauman atau sikap anti-perkauman dengan menuduh orang lain sebagai perkauman.
Rujukan
  • Phil Gasper, Playing the Race Card, International Socialist Review (online)
  • The Race Card is as Bad as Racism, News 24 (online)
  • M. Stenson, Class, Race and Colonialism in West Malaysia (online)
Pic Source: Race Card, Maxi Single, Paradox (online)

Jumaat, 16 Mac 2018

Bahasa Cina Mandarin dan menjadi seorang Cina untuk bekerja

Aku merasakan bahawa empayar Great Britain telah berjaya melahirkan negara-negara rasis yang terkenal di rantau Asia Tenggara seperti Persekutuan Malaysia, Republik Singapura dan Kesatuan Myanmar. Nanti aku akan baca dahulu dan aku akan berikan ulasan dan buah fikiran aku sendiri berkenaan dengan isu ini.  

Rujukan
  • Thiagarajan T. Mandarin-speaking Indian man calls out companies for racist job requirements in viral rants, 16 Mac 2018, World of Buzz (online)
  • Paulo A.D. A chance to heal racial wounds for one Singapore. 21 Nov 2017, Channel News Asia (online)
  • Is Chinese privilege at the root of racism in Singapore. 31 May 2017, the Independent (online)