Bentuk-Bentuk Pertubuhan Politik
Terdapat banyak jenis bentuk pertubuhan politik. Hal ini termasuklah negara-negara, pertubuhan bukan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Negara mungkin merupakan satu bentuk institusi yang terutama dalam pemerintahan politik. Dalam hal ini, negara difahami sebagai satu institusi dan kerajaan pula difahami sebagai satu rejim yang berkuasa di institusi tersebut.
Menurut Aristotle, negara boleh diklasifikasikan sebagai monarki, aristokrasi, timokrasi, demokrasi, oligarki dan tirani. Disebabkan oleh perubahan dalam sejarah politik, maka klasifikasi begini telah ditinggalkan. Semua negara adalah institusi-institusi yang satu dengan kepelbagaian. Semua kuasa besar dalam dunia moden ini memerintah dengan prinsip kedaulatan. Kuasa-kuasa berdaulat boleh dipindahkan kepada seseorang individu dalam sebuah kerajaan yang kuku besi atau ia boleh dipindahkan kepada sekumpulan orang seperti dalam kerajaan berperlembagaan.
Perlembagaan adalah dokumen-dokumen bertulis yang mengkhususkan dan mengehadkan kuasa-kuasa yang ada pada bahagian-bahagian yang terbit dari kerajaan. Walaupun perlembagaan itu adalah dokumen bertulis namun terdapat juga perlembagaan yang tidak bertulis. Perlembagaan yang tidak bertulis selalunya ditulis secara berterusan oleh bahagian perundangan dalam kerajaan. Hal ini hanyalah salah satu daripada kes-kes yang mana ciri-ciri keadaan di sesuatu negara itu menentukan bentuk kerajaan yang sesuai dengannya. England sebagai contoh pernah menyusun perlembagaan-perlembagaan bertulis berdasarkan satu corak yang khusus semasa perang saudara namun selepas Pemulihan mereka meninggalkan perlembagan tersebut. Perlembagaan-perlembagaan tersebut digunapakai oleh bekas tanah jajahan di Amerika selepas pembebasan mereka dan kemudian digunapakai juga oleh Perancis selepas Revolusi serta seluruh Eropah termasuklah bekas-bekas tanah jajahan negara-negara Eropah di luar.
Politik Global
Politik global turut menghimpunkan amalan-amalan globalisasi politik yang pelbagai berkenaan dengan persoalan kuasa sosial. Dari corak pentadbiran global sehinggalah kepada isu-isu konflik global. Abad ke-20 menyaksikan kesan daripada dua perang dunia. Abad ke-20 bukan sahaja menyaksikan kebangkitan dan kejatuhan Third Reich namun ia turut menyaksikan kebangkitan dan kejatuhan Komunisme. Perkembangan bom atom memberikan pengakhiran yang pantas kepada konflik antara Amerika Syarikat dengan Jepun dalam Perang Dunia Kedua. Seterusnya, bom hidrogen pula diangkat menjadi senjata agung pemusnah besar-besaran.
Politik global turut menyentuh mengenai organisasi-organisasi global dan antarabangsa. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bertindak sebagai forum atau platform bagi mencapai keamanan dunia yang diancam oleh perang nuklear, "Penciptaan senjata nuklear dan angkasa yang menjadikan peperangan itu sebagai tidak dapat diterima dan tidak dianggap mencapai matlamat politik". Walaupun holokaus nuklear yang menyeluruh itu tidak diigini untuk sesiapa, namun 'ugutan nuklear' tetap menjadi isu keamanan sejagat dan menjadi isu kedaulatan negara di seluruh dunia.
Contohnya pada hari Ahad tahun 1962, dunia berada di kancah peperangan nuklear semasa Krisis Misil Cuba dalam bulan Oktober. Hal ini berlaku disebabkan oleh pelaksanaan dasar ugutan nuklear Kesatuan Soviet terhadap Amerika Syarikat.
Menurut Paul James, Profesor Sains Politik, politik global dipengaruhi oleh nilai-nilai seperti norma hak asasi manusia, buah-buah fikiran mengenai pembangunan manusia dan kepercayaan seperti kosmopolitanisme iaitu mengenai cara kita berkait antara satu sama yang lain:
William Pitt the Elder, berucap di hadapan House of Lords di Britain pada 9 Januari 1970, "Kuasa yang tiada had itu terdedah kepada minda-minda korup yang memilikinya". Hal yang sama turut diulang oleh John Dalberg pada abad seterusnya, "Kuasa itu cenderung kepada korupsi, maka kuasa mutlak itu pun menyebabkan korupsi yang mutlak".
Korupsi politik ini merujuk kepada kuasa perundangan oleh pegawai-pegawai kerajaan yang disalahgunakan untuk mendapat keuntungan peribadi. Walau bagaimanapun, salah guna kuasa kerajaan untuk tujuan-tujuan lain seperti menekan lawan-lawan politik dan kekejaman polis tidaklah dianggap sebagai korupsi politik. Kedua-dua ini tidak dianggap sebagai tindakan tidak sah oleh seseorang individu atau syarikat-syarikat swasta yang tidak terlibat dengan kerajaan. Namun, tindakan tidak sah oleh pejawat awam boleh dikira sebagai korupsi politik hanya jika tindakan tersebut berkaitan langsung dengan tugasan-tugasan rasmi atau kuasa yang dipegang olehnya.
Bentuk-bentuk korupsi termasuklah rasuah, pemerasan, kronisme, nepotisme, naungan, pecah amanah dan tumbuk rusuk. Tindakan rasuah ini boleh membawa kepada perusahaan secara jenayah seperti pengedaran dadah, penggubahan wang haram dan penyeludupan. Aktiviti-aktiviti ini dikira sebagai korupsi haram bergantung kepada negara dan perundangannya. Sebagai contoh, sesetengah amalan memberikan dana politik boleh dikira sebagai sah di sesuatu tempat namun ia menjadi haram di tempat lain.
Dalam kes-kes tertentu, pejawat awam mempunyai kuasa yang luas atau kuasa yang kecil. Hal sebegini menyebabkan sukar untuk membezakan tindakan yang sah dengan tindakan yang tidak sah. Di seluruh dunia, tindakan rasuah saja dianggarkan melibatkan lebih 1 trilion dolar Amerika setiap tahun. Keadaan di mana berlakunya korupsi politik yang tidak terkawal disebut sebagai kleptokrasi atau 'kuasa pemerintahan penyamun'.
Parti-Parti Politik
Sebuah parti politik itu adalah sebuah organisasi politik yang umumnya cuba untuk mendapatkan kuasa politik atau mengekalkan kuasa politik dalam sesuatu kerajaan atau pemerintahan. Umumnya parti politik akan masuk bertanding dalam kempen-kempen pilihanraya, memberikan pendidikan mengenai buah-buah fikiran mereka kepada orang awam atau menjalankan protes atau rapat umum. Parti-parti politik selalunya mendukung ideologi yang terungkap atau wawasan yang diperkukuhkan dengan platform bertulis dengan matlamat-matlamat khusus. Mereka membentuk pakatan atau perikatan jika mereka mempunyai kepentingan-kepentingan yang berbeza-beza.
Politik sebagai Disiplin Akademik
Sains politik, iaitu pengajian politik memerhatikan cara-cara sesuatu pihak mendapatkan kuasa politik dan pemakaian kuasa politik. Ahli-ahli sains politik seperti Harold Lasswell mendefinisikan politik sebagai, "seseorang yang mendapatkan apa, bila dan bagaimana".
Bidang-bidang pengajian yang berkaitan dengan sains politik termasuklah:

Kosmopolitanisme boleh didefinisikan sebagai politik global yang pertamanya, menonjolkan mengenai kesosialan hubungan politik biasa antara semua manusia di seluruh dunia dan keduanya, mencadangankan bahawa kesosialan ini haruslah berlaku secara beretika atau diberikan keutamaan yang tersusun berbanding dengan bentuk-bentuk kesosialan yang lain.Korupsi Politik
William Pitt the Elder, berucap di hadapan House of Lords di Britain pada 9 Januari 1970, "Kuasa yang tiada had itu terdedah kepada minda-minda korup yang memilikinya". Hal yang sama turut diulang oleh John Dalberg pada abad seterusnya, "Kuasa itu cenderung kepada korupsi, maka kuasa mutlak itu pun menyebabkan korupsi yang mutlak".
Korupsi politik ini merujuk kepada kuasa perundangan oleh pegawai-pegawai kerajaan yang disalahgunakan untuk mendapat keuntungan peribadi. Walau bagaimanapun, salah guna kuasa kerajaan untuk tujuan-tujuan lain seperti menekan lawan-lawan politik dan kekejaman polis tidaklah dianggap sebagai korupsi politik. Kedua-dua ini tidak dianggap sebagai tindakan tidak sah oleh seseorang individu atau syarikat-syarikat swasta yang tidak terlibat dengan kerajaan. Namun, tindakan tidak sah oleh pejawat awam boleh dikira sebagai korupsi politik hanya jika tindakan tersebut berkaitan langsung dengan tugasan-tugasan rasmi atau kuasa yang dipegang olehnya.
Bentuk-bentuk korupsi termasuklah rasuah, pemerasan, kronisme, nepotisme, naungan, pecah amanah dan tumbuk rusuk. Tindakan rasuah ini boleh membawa kepada perusahaan secara jenayah seperti pengedaran dadah, penggubahan wang haram dan penyeludupan. Aktiviti-aktiviti ini dikira sebagai korupsi haram bergantung kepada negara dan perundangannya. Sebagai contoh, sesetengah amalan memberikan dana politik boleh dikira sebagai sah di sesuatu tempat namun ia menjadi haram di tempat lain.
Dalam kes-kes tertentu, pejawat awam mempunyai kuasa yang luas atau kuasa yang kecil. Hal sebegini menyebabkan sukar untuk membezakan tindakan yang sah dengan tindakan yang tidak sah. Di seluruh dunia, tindakan rasuah saja dianggarkan melibatkan lebih 1 trilion dolar Amerika setiap tahun. Keadaan di mana berlakunya korupsi politik yang tidak terkawal disebut sebagai kleptokrasi atau 'kuasa pemerintahan penyamun'.
Parti-Parti Politik
Sebuah parti politik itu adalah sebuah organisasi politik yang umumnya cuba untuk mendapatkan kuasa politik atau mengekalkan kuasa politik dalam sesuatu kerajaan atau pemerintahan. Umumnya parti politik akan masuk bertanding dalam kempen-kempen pilihanraya, memberikan pendidikan mengenai buah-buah fikiran mereka kepada orang awam atau menjalankan protes atau rapat umum. Parti-parti politik selalunya mendukung ideologi yang terungkap atau wawasan yang diperkukuhkan dengan platform bertulis dengan matlamat-matlamat khusus. Mereka membentuk pakatan atau perikatan jika mereka mempunyai kepentingan-kepentingan yang berbeza-beza.
Politik sebagai Disiplin Akademik
Sains politik, iaitu pengajian politik memerhatikan cara-cara sesuatu pihak mendapatkan kuasa politik dan pemakaian kuasa politik. Ahli-ahli sains politik seperti Harold Lasswell mendefinisikan politik sebagai, "seseorang yang mendapatkan apa, bila dan bagaimana".
Bidang-bidang pengajian yang berkaitan dengan sains politik termasuklah:
- Falsafah politik yang mencari rasional bagi politik dan etika sikap awam serta mengkaji mengenai prasyarat untuk pembentukan komuniti-komuniti politik.
- Ekonomi politik yang cuba untuk memperkembang pemahaman mengenai hubungan antara politik dan ekonomi dan pentadbiran yang melibatkan kedua-duanya.
- Pentadbiran awam yang mengkaji mengenai amalan-amalan pentadbiran.