![]() |
| Gambar Persimpangan Stesen LRT & MRT Chan Sow Lin oleh Happy Buffalo |
- Bahagian 1: Penilaian Menyeluruh mengenai Masyarakat, Politik dan Agama di Malaysia
- Bahagian 2: Perkembangan di Malaysia
Saja simpan nota Sains Politik dan Sains Sosial untuk dibaca semasa bosan-bosan. Hak cipta terpelihara - Happy Buffalo
![]() |
| Gambar Persimpangan Stesen LRT & MRT Chan Sow Lin oleh Happy Buffalo |
Perkataan "sekular" yang diterbitkan daripada bahasa Latin saeculum, boleh ditakrifkan sebagai perkara yang bersifat "duniawi". Ia tidak semestinya ditakrifkan sebagai bertentangan dengan agama, tetapi lebih kepada membezakan antara yang bersifat kebendaan dengan yang bersifat "rohaniah". Cara sekular digambarkan pula berbeza mengikut tempat. Kita mendengar mengenai model Perancis, model British, model Amerika atau model Singapura. Hal ini kerana kefahaman dan keutamaan yang diberikan kepada kebebasan daripada agama dan kebebasan beragama itu berbeza-beza antara negara sekular.
Pelbagai cara sekularisme difahami dan diamalkan ini adalah disebabkan oleh istilah dan idea ini sering menjadi bahan penelitian mendalam dalam bidang akademik seperti sains politik dan sosiologi serta dalam kalangan sarjana yang memperjuangkan peranan lebih besar agama dalam kehidupan awam. Namun, sama seperti konsep "agama", walaupun rumit dan sentiasa berkembang, kita pada tahap tertentu "mengetahuinya apabila kita melihatnya". Sebagai contoh, nilai idea sekular sebagai cara memastikan kerajaan dan wang awam digunakan untuk memenuhi keperluan warganegara secara objektif dan praktikal adalah jelas.
Rencana ini boleh juga dibaca dalam bahasa Inggeris dalam rencana berjudul, "The Importance of Keeping the Religion out of Government" oleh Luca Farrow terbitan Rajaratnam School of International Studies (RSIS) di Nanyang Technological University (NTU), Singapura. Rencana ini telah aku terjemahkan ke bahasa Melayu untuk kegunaan percambahan idea persendirian dan juga rujukan pendidikan aku sendiri. Bacaan lain yang tidak kurang menariknya dan berkaitan dengan ulasan di atas juga boleh dapati dalam, "What? We are not an Islamic Nation?" oleh Zul Segamat yang diterbitkan pada 30 November 2017.
"Satu tempat di mana semua negara dunia boleh berkumpul, membincangkan isu atau masalah bersama dan mencari jalan penyelesaian demi manfaat seluruh umat manusia"
Memandangkan bahasa Melayu bukan merupakan salah satu daripada bahasa amali di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) maka aku perbuat satu laman untuk rujukan mengenai badan antarabangsa tersebut dalam bahasa Melayu.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau bahasa Inggerisnya United Nations (UN) ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang ditubuhkan pada tahun 1945. PBB kini dianggotai oleh sebanyak 193 Negara Anggota. Aktiviti PBB dipandu oleh tujuan serta prinsip yang terkandung dalam Piagam penubuhannya. Sepanjang kewujudannya, PBB telah berkembang dan menyesuaikan keberadaannya dengan situasi dunia yang berubah pantas. Namun, satu perkara yang tetap tidak berubah adalah ia kekal sebagai satu-satunya tempat di mana semua negara dunia boleh berkumpul, membincangkan isu atau masalah bersama dan mencari jalan penyelesaian demi manfaat seluruh umat manusia.
Rujukan dalam bahasa Inggeris boleh diakses melalui laman sesawang "United Nations" di mana berita-berita, kenyataan dan isu semasa di seluruh dunia dipaparkan untuk rujukan penduduk dunia. Selain daripada itu, teks yang dipetik dan diterjemah daripada dokumen rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk kefahaman orang awam mengenai peranan yang dimainkan olehnya. Sebelum 17 September 1987, dasar organisasi tersebut menyatakan bahawa ia tidak menuntut hak cipta, dengan mengekalkan kebanyakan dokumennya dalam domain awam bagi tujuan penyebaran sebanyak mungkin idea dan kesedaran yang terkandung dalam Penerbitan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Hak asasi manusia merujuk kepada prinsip moral atau norma yang menjelaskan mengenai standard tertentu bagi tabiat atau tingkah laku manusia. Ia selalunya dilindungi dalam undang-undang antarabangsa dan undang-undang domestik sesebuah negara.
Gambar hiasan dipetik dari laman sesawang UNESCO. Ia adalah sebuah buku berjudul "Human rights education: Key success factors" terbitan tahun 2023. Mohon masukkan maklumat lanjut berkenaan dengan bidang hak asasi manusia untuk dijadikan sebagai rujukan bagi pengajian yang berkaitan. Sekian, terima kasih.
Aku telah membuat satu carian di enjin "Google" dengan kata kunci "is human rights a social studies?" Lalu keluarlah beberapa rujukan mengenai hal ini. Menurut jawapan yang diberikan, hak asasi manusia bukanlah satu bidang akademik yang berdiri sendiri, sebaliknya juga adalah satu topik utama dan komponen penting yang diajarkan dalam bidang "sains sosial".
Jadi, bagaimanakah bidang hak asasi manusia ini disesuaikan dalam sains sosial? Sains sosial adalah bidang yang mengkaji hubungan manusia, komuniti, sistem kerajaan dan juga tanggungjawab sivik. Jadi, hak asasi manusia umumnya berada dalam kerangka ini menerusi beberapa bidang utama iaitu:
Menurut National Council for the Social Studies di Amerika Syarikat, menerokai hak asasi manusia membantu pelajar membina kemahiran berfikir yang kritis yang mana ia diperlukan bagi seseorang individu itu menjadi seorang ahli masyarakat yang aktif dan bertanggungjawab.
Rencana ini menyenaraikan bentuk pemerintahan dan sistem politik mengikut satu siri pengelasan yang pelbagai. Sistem yang disenaraikan tidak semestinya eksklusif dan selalunya mempunyai definisi yang bertindan antara satu sama lain.
Menurut Prof. Juan Jose Linz, Universiti Yale terdapat sebanyak tiga jenis sistem politik pada hari ini iaitu demokrasi, rejim totalitarian dan di antara kedua-dua ini adalah rejim autoritarian dengan rejim yang hibrid. Sistem pengelasan moden lain turut memasukkan monarki sebagai entiti yang berdiri sendiri atau sebagai sistem yang hibrid dari ketiga-tiga sistem politik yang utama itu.
Cendekiawan umunya lebih suka untuk mengelaskan pemerintahan diktator atau kuku besi di bawah bentuk pemerintahan autoritarianisme atau totalitarianisme. Manakala, ahli falsafah Greek pula mengenalpasti sebanyak lima jenis rejim dalam karya Republic iaitu aristokrasi, timokrasi, oligarki, demokrasi dan tirani.
Rujukan