Sejarah Hak Asasi Manusia

Manusia pada zaman purba tidak mempunyai konsepsi yang sama seperti yang terlihat dalam hak asasi manusia sejagat. Pelopor kepada syarahan hak asasi manusia ini adalah konsep hak semulajadi yang muncul sebagai sebahagian daripada tradisi undang-undang semulajadi zaman pertengahan yang terkenal di Eropah semasa zaman Enlightenment. Dari asas inilah hujah hak asasi manusia moden muncul menjelang separuh akhir abad ke-20 masihi.

John Locke, ahli falsafah Inggeris dari abad ke-17 masihi membincangkan mengenai hak semulajadi dalam karyanya. Beliau menjatikan hak semulajadi ini sebagai, "kehidupan, kebebasan dan harta." Beliau membahaskan bahawa hak asasi ini tidak boleh ditundukkan dalam kontrak sosial. Pada tahun 1689 di Britain, the Bill of Rights di England dan the Claim of Right di England setiap satunya menghalalkan tindakan kerajaan yang bersifat menindas. Dua revolusi besar-besaran berlaku pada abad ke-18 masihi di Amerika Syarikat (1776) dan di Perancis (1789). Hal ini menyebabkan munculnya Perisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat dan Perisytiharan Hak Manusia dan Rakyat Perancis yang mana kedua-duanya menyebut juga mengenai hak asasi manusia yang tertentu.

Sebagai tambahan, Perisytiharan Hak Virgnia 1776 turut mengekodkan beberapa hak sivil asas dan hak kebebasan sivil dalam undang-undang.

Kami berpegang dengan kebenaran kesaksian diri sendiri bahawasanya semua manusia itu diciptakan sama, dikurniai oleh Pencipta dengan Hak tertentu yang tidak terasing yang antaranya itu adalah Kehidupan, Kebebasan dan pencarian Kebahagiaan.

- Perisytiharan Kebebasan Amerika Syarikat, 1776

Tahun 1800 sehingga Perang Dunia I

Ahli falsafah seperti Thomas Paine, John Stuart Mill dan Hegel memperkembang lagi tema kesejagatan dalam abad ke-18 dan ke-19 masihi. Pada tahun 1831, William Lloyd Garrison menulis dalam akhbar The Liberator bahawa beliau cuba untuk memohon sokongan pembaca dalam "usaha agung menegakkan hak asasi manusia" maka istilah hak asasi manusia ini berkemungkinan digunakan dalam tempoh penghasilan karya The Rights of Man oleh Thomas Paine dan penulisan William Lloyd Garrison sendiri. Pada tahun 1849, Henry David Thoreau menulis mengenai hak asasi manusia dalam risalahnya berjudul On the Duty of Civil Disobedience yang kemudian mempengaruhi pemikir hak asasi manusia dan hak sivil. David Davis, Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat pada tahun 1867 telah menyampaikan pendapat beliau untuk Ex Parte Milligan, "Melalui perlindungan undang-undang, hak asasi manusia itu dilindungi. Apabila perlindungan tersebut ditarik maka orang ramai pun akan berada di bawah pertimbangan pemerintah jahat atau teriakan orang ramai yang teruja."

Banyak sekali kumpulan dan pergerakan yang menggunakan nama hak asasi manusia berjaya membawa perubahan yang jelas kepada masyarakat dalam abad ke-20 masihi. Di Eropah Barat dan Amerika Utara, kesatuan buruh berjaya mendesak supaya undang-undang membolehkan pekerja mendapat hak untuk bermogok, menetapkan waktu bekerja yang minimum dan melarang atau membuat peraturan berhubung dengan buruh kanak-kanak. Pergerakan hak wanita berjaya dalam usaha mendapatkan hak mengundi bagi wanita. Pergerakan pembebas bangsa dalam kebanyakan negara juga berjaya dalam menghalau keluar kuasa penjajah. Salah satu yang berpengaruh adalah Mahatma Gandhi yang berusaha untuk membebaskan penduduk tempatan India dari pemerintahan British. Pergerakan oleh kelompok minoriti dan bangsa yang lama tertindas juga berjaya di kebanyakan bahagian dunia. Antaranya adalah pergerakan hak sivil dan baru-baru ini pergerakan politik identiti yang pelbagai mewakili wanita dan kelompok minoriti di Amerika Syarikat.

Kewujudan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa, Lieber Code 1864 dan Konvensyen Geneva yang pertama pada tahun 1864 menjadi batu asas bagi undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Ia kemudian diperkembang lagi menjelang Perang Dunia Kedua.

Antara Perang Dunia I dan Perang Dunia II

Liga Bangsa-Bangsa diasaskan pada tahun 1919 semasa rundingan berkenaan Perjanjian Versailles berlangsung selepas Perang Dunia Pertama berakhir. Matlamat Liga Bangsa-Bangsa ini termasuklah seperti berikut:

  • perlucutan senjata;
  • menghalang peperangan menerusi keselamatan secara bersama;
  • menyelesaikan pertelingkahan antara dua negara menerusi rundingan; dan
  • diplomasi serta memperbaiki kebajikan antarabangsa.
Mandat untuk mempromosi kebanyakan hak juga disemadikan di dalam Piagam Liga-Liga Bangsa. Ia seterusnya dimasukkan ke dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat. Liga Bangsa-Bangsa juga mempunyai mandat untuk menyokong kebanyakan bekas tanah jajahan kuasa penjajah Eropah Barat semasa proses peralihan dari jajahan kepada negara yang merdeka.
 
Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) yang pada asalnya adalah merupakan satu agensi di bawah Liga Bangsa-Bangsa kini menjadi sebahagian daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ia mempunyai mandat untuk mempromosi dan melindungi sesetengah hak yang kemudiannya dimasukkan dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR):
Matlamat utama ILO hari ini adalah untuk mempromosikan peluang bagi lelaki dan wanita bagi mendapatkan kerja yang produktif dan memuaskan, dalam suasana yang aman, saksama, selamat dan bermaruah sebagai seorang manusia.
 
- Laporan oleh Pengarah untuk Persidangan Buruh Antarabangsa Sesi ke-87

Selepas Perang Dunia II

Berkenaan dengan isu "sejagat", perisytiharan tersebut tidak terpakai kepada diskriminasi domestik atau perkauman. Henry J. Richardson III membahaskan bahawa:

Semua kerajaan yang utama pada ketika mereka mendraf piagam PBB dan UDHR telah pun memastikan dengan sebaiknya bahawa, dengan segala cara yang diketahui dalam undang-undang domestik dan antarabangsa, bahawa prinsip ini hanya terpakai di peringkat antarabangsa. Ia tidak membawa sebarang kewajipan perundangan ke atas kerajaan-kerajaan supaya melaksanakannya secara domestik. Semuanya sedar dan bersetuju bahawa untuk kelompok minoriti mereka mendapatkan bantuan dengan berdasarkan kepada kemampuan untuk menuntut penguatkuasaan hak-hak yang luas secara perundangan ini akan mencetuskan tekanan yang membawa kepada perbalahan politik pula.

Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat

Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) adalah merupakan perisytiharan yang tidak mengikat secara perundangan dan diterima pakai dalam Perhimpunan Agung PBB pada tahun 1948 sebahagiannya sebagai maklum balas kepada tindakan tidak bertamadun dalam Perang Dunia Kedua. UDHR menggesa negara anggota supaya mempromosikan sebilangan hak asasi manusia, hak sivil, hak ekonomi dan hak sosial. Ia menekankan bahawa hak-hak ini adalah sebahagian daripada "asas kepada kebebasan, keadilan dan keamanan dalam dunia". Perisytiharan ini adalah merupakan usaha perundangan antarabangsa yang awal sekali mengehadkan sikap negara dan menekankan tanggungjawab mereka terhadap rakyat mereka mengikut model keduaan hak dan tanggungjawab.

...penghargaan kepada kewujudan maruah dan hak yang saksama serta tidak terasing oleh semua anggota keluarga manusia merupakan asas kepada kebebasan, keadilan dan keamanan dalam dunia.

- Mukadimah UDHR, 1948

UDHR dibingkaikan oleh anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dengan Eleanor Roosevelt sebagai pengerusi yang mula membincangkan mengenai International Bill of Rights pada tahun 1947. Ahli-ahli Suruhanjaya tersebut tidak segera bersetuju dengan bentuk bill of rights tersebut dan sama ada atau bagaimana ia patut dikuatkuasakan.

Suruhanjaya tersebut meneruskan lagi pembingkaian UDHR dan perjanjian yang menyusul namun UDHR terus menjadi keutamaan. John Humprey, seorang profesor undang-undang dari Kanada dan Rene Cassin, peguam dari Perancis bertanggungjawab dalam kebanyakan kajian rentas-negara dan struktur dokumen tersebut. Artikel dalam perisytiharan tersebut adalah prinsip utama dari mukadimah yang boleh ditafsirkan. Dokumen yang distrukturkan oleh Cassin itu membicarakan mengenai prinsip asas maruah, kebebasan, kesaksamaan dan persaudaraan dalam dua artikel awalnya. Kemudian, ia diikuti oleh hak individu, hak individu dalam perhubungan dengan sesama sendiri dan dalam kelompok; rohaniah, awam, hak politik dan awam, serta hak sosial dan kebudayaan. Tiga artikel terakhirnya membicarakan mengenai hak dalam konteks batasan, tanggungjawab dan susunan politik serta sosial yang harus disedari oleh setiap orang. Humphrey dan Cassin berniat supaya hak-hak dalam UDHR itu dikuatkuasakan secara perundangan melalui beberapa cara seperti yang terbayang dalam klausa ketiga mukadimahnya:

Manakala yang perlu, jika seseorang itu tidak dipaksa untuk menerima bantuan, sebagai jalan terakhir, memberontak melawan kezaliman dan penindasan, bahawasanya hak asasi manusia itu haruslah dilindungi oleh kedaulatan undang-undang.

- Mukadimah UDHR, 1948

Setengah daripada isi kandungan dokumen UDHR itu dikaji dan ditulis oleh jawatankuasa antarabangsa yang pakar dalam hak asasi manusia, termasuklah wakil dari semua benua dan agama utama dunia. Selain itu, konsultasi juga dijalankan dengan pemimpin seperti Mahatma Gandhi. Penyertaan kedua-dua hak politik, ekonomi dan kebudayaan telah dijangkakan ketika tanggapan bahawa hak asasi manusia itu tidak dipecahkan dan bahawa pelbagai jenis hak yang disenaraikan itu adalah saling berhubung. Walaupun prinsip ini tidak dibantah oleh negara anggota ketika penerimaannya (perisytiharan ini telah diterima pakai dengan sebulat suara dengan pengecualian oleh blok Soviet, Afrika Selatan yang mengamalkan apartheid ketika itu dan Arab Saudi. Prinsip ini kemudian tertakluk pula kepada pelbagai cabaran yang ketara.

Permulaan Perang Dingin tidak lama selepas lahirnya UDHR itu membawa kepada perpecahan berkenaan dengan isu memasukkan kedua-dua hak ekonomi dan sosial serta hak sivil dan politik dalam perisytiharan tersebut. Negara kapitalis cenderung untuk menekankan hak sivil dan politik seperti kebebasan berpersatuan atau mengungkapkan fikiran. Mereka keberatan untuk memasukkan hak ekonomi dan hak sosial seperti hak untuk bekerja dan hak untuk menyertai kesatuan. Negara sosialis pula meletakkan kepentingan yang besar terhadap hak ekonomi dan hak sosial. Mereka sering membahaskan supaya hak-hak ini dimasukkan sekali dalam perisytiharan tersebut.

Oleh kerana berlaku perpecahan pendapat berkenaan dengan hak mana yang patut dimasukkan ke dalam UDHR dan setengah negara itu lebih cenderung untuk meratifikasikan sebarang triti termasuklah penafsiran sesetengah hak asasi manusia tertentu serta blok Soviet dan sebilangan negara membangun membahaskan dengan tegasnya mengenai kemasukan semua hak di dalam Resolusi Kesatuan, maka hak yang tersemat di dalam UDHR itu dipecahkan kepada dua triti perjanjian. Hal ini membolehkan sesuatu negara itu menerima pakai hak-hak yang dipilih olehnya dan menjejaskan hak yang lain. Maksudnya, keadaan ini membolehkan sesuatu triti perjanjian itu dicetuskan namun ia menafikan prinsip yang dikemukakan bahawa semua hak itu adalah berkaitan yang sepatutnya menjadi tafsiran utama bagi UDHR.

Walaupun UDHR ini bukan resolusi yang mengikat secara undang-undang, namun ia dianggap sebagai komponen utama dalam undang-undang adat. Ia boleh menjadi inspirasi di bawah keadaan tertentu kepada badan kehakiman negara atau badan kehakiman yang lain.

Triti Perjanjian Hak Asasi Manusia

Pada tahun 1966, International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR) dan International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights (IESCR) diterima pakai oleh PBB. Kedua-dua triti ini membolehkan hak-hak yang terkandung dalam UDHR mengikat semua negara yang menjadi ahlinya. Walau bagaimanapun, kedua-dua triti ini berkuatkuasa hanya pada tahun 1976 apabila ia diratifikasikan oleh sebilangan negara. Amerika Syarikat hanya meratifikasikan ICCPR pada tahun 1992 walaupun akses kepada ICCPR tidak termasuk kepada hak ekonomi dan sosial. ICESCR pula secara rasminya mewajibkan negara anggotanya untuk berusaha memberikan hak ekonomi, sosial dan kebudayaan kepada individu di dalamnya.

Oleh kerana triti atau perca perundangan ini ditawarkan di peringkat antarabangsa maka ia turut digelar sebagai instrumen hak asasi manusia. Antara yang dikenali ramai adalah seperti berikut:

  • Convention on the Prevention and Punishment of the Crime of Genocide (adopted 1948, entry into force: 1951)
  • Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (CERD) (adopted 1966, entry into force: 1969)
  • Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW) (entry into force: 1981)
  • United Nations Convention Against Torture (CAT) (adopted 1984, entry into force: 1984)
  • Convention on the Rights of the Child (CRC) (adopted 1989, entry into force: 1989)
  • International Convention on the Protection of the Rights of All Migrant Workers and Members of their Families (ICRMW) (adopted 1990)
  • Rome Statute of the International Criminal Court (ICC) (entry into force: 2002)