Tema CSW69
Tumpuan utama dalam CSW69 ini adalah mengenai penilaian semula dan penaksiran pelaksanaan Perisytiharan Beijing serta Pentas Tindakan dan hasil dari sesi khas ke-23 Mesyuarat Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Penilaian yang dijalankan ini akan mencakupi penilaian cabaran terkini yang memberikan kesan kepada pelaksanaan Pentas Tindakan dan kejayaan yang dicapai oleh kesaksamaan gender serta pemerkasaan wanita dan sumbangan ke arah merealisasikan Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan (SDG).
Rujukan lanjut berbahasa Inggeris boleh juga didapati dalam seksyen CSW69: Beijing+30 iaitu laman sesawang Commission on the Status of Women atau Suruhanjaya mengenai Status Wanita.
Biro CSW69
Biro Suruhanjaya mengenai Status Wanita memainkan peranan yang penting dalam mempermudah cara persediaan bagi, dan dalam memastikan kejayaan hasil sesi tahunan Suruhanjaya ini. Biro untuk sesi ke-69 Suruhanjaya mengenai Status Wanita (2025) ini terdiri daripada ahli yang berikut:
- Yang Terutama Encik Abdulaziz M. Alwasil (Arab Saudi), Pengerusi, Kumpulan Negara Asia dan Pasifik
- Yang Terutama Cik Chan Valverde (Costa Rica), Timbalan Pengerusi, Kumpulan Negara Amerika Latin dan Carribean
- Cik Robin Maria de Vogel (Belanda), Timbalan Pengerusi Lantikan Tetap, Kumpulan Negara Eropah Barat dan Lain-Lain
- Cik Dunia Eloisa Pires do Canto (Cabo Verde), Timbalan Pengerusi, Kumpulan Negara Afrika
- Cik Natalija Mudrenko (Ukraine), Timbalan Pengerusi, Kumpulan Negara Eropah Timur
Persediaan CSW69
Negara-negara diseru supaya menjalankan penilaian komprehensif di peringkat nasional mengenai kemajuan yang telah dicapai serta cabaran yang dilalui oleh mereka.
Selain itu, Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di peringkat serantau diundang untuk menjalankan penilaian bagi rantau masing-masing serta mengadakan mesyuarat antara negara di peringkat rantau. Hal ini akan dijadikan sebagai sebahagian daripada agenda CSW69.