Beberapa pendekatan teori dikemukakan untuk menjelaskan mengenai bagaimana dan kenapa hak asasi manusia itu menjadi sebahagian daripada harapan sosial.
Salah satu daripada falsafah Barat yang tertua berkenaan dengan hak asasi manusia adalah hasil terbitan dari undang-undang semulajadi, berakar umbi dari dasar falsafah pelbagai agama.
Teori lain pula berpegang bahawa hak asasi manusia itu mengekodkan moral dan sikap yang merupakan hasil dari produk sosial yang diperkembang melalui proses evolusi biologi dan sosial serta dikaitkan dengan Hume. Hak asasi manusia juga dijelaskan sebagai corak sosiologi dari aturan pemerintahan seperti dalam teori sosiologi berkenaan dengan undang-undang dan kerja oleh Weber. Pendekatan ini termasuklah tanggapan bahawa seseorang individu dalam masyarakat itu menerima kewibawaan institusi yang sah sebagai pertukaran kepada keselamatan dan ekonomi seperti dalam Rawls. Hal ini merujuk kepada kontrak sosial.
- Undang-Undang Semulajadi
- Kontrak Sosial
- Konsep Hak Asasi Manusia Soviet
- Teori Hak Asasi Manusia Lain