Frasa 'kad perkauman' ini selalunya digunakan untuk menuduh bahawa seseorang itu dengan sengaja dan secara salahnya menuduh orang lain sebagai perkauman untuk mencari keuntungan atau faedah tertentu.
Satu contoh penggunaan istilah ini berlaku semasa perbicaraan kes pembunuhan O. J. Simpson. Apabila kritikan menuduh bahawa pihak defenden 'bermain kad perkauman' dalam menyampaikan kisah-kisah lampau Mark Fuhrman sebagai sebab untuk beliau mempertahan kredibilitinya sebagai saksi dalam kes tersebut.
Prof. Richard Thompson Ford dari Stanford Law School membahaskan bahawa kad perkauman ini boleh dimainkan oleh seorang indibividu yang membuat tuntutan atau bangsa yang membuat tuntutan. Sebagai contoh, beliau memetik Hillary Clinton yang berucap dalam kempen politik beliau sambil menyatakan bahawa kemenangan Obama dari Parti Demokratik pada tahun 2008 di negeri South Carolina itu adalah disebabkan oleh jumlah orang kulit hitam berdaftar sebagai ahli Demokrat yang tidak seimbang. Clinton cuba menyampaikan bahawa terdapat unsur perkauman dalam populasi umum di situ.
George Dei dan lain-lain dalam Playing the Race Card membahaskan pula bahawa istilah 'playing the race card' ini juga adalah satu alat retorik yang digunakan dalam usaha untuk mengurangkan dan menjatuhkan dakwaan bahawa terdapat unsur perkauman dalam kehidupan seharian.
Politik Perkauman di Malaysia
Kalau di Malaysia, rasanya banyak sahaja contoh boleh diberikan. Salah satu contoh dalam tahun 2008, Wong Chun Wai, Ketua Kumpulan Penyunting dari akhbar The Star pernah menulis bahawa beberapa ketika sebelum pilihanraya umum berjalan di Malaysia maka muncul kenyataan ahli-ahli politik yang kononnya bertoleransi dan terbuka terhadap isu-isu komuniti dari kaum itu dan kaum ini sebagai cubaan untuk memikat orang ramai supaya mengundi mereka. "Selain daripada itu, terdapat juga dalam kalangan mereka yang masih terus bermain dengan kad perkauman pada era ini, masa ini. Dalam persidangan parti mereka pada setiap tahun, mereka akan berdempik-dempik cuba memaparkan diri mereka sebagai wira masyarakat mereka. Namun, semasa pilihanraya umum, mereka dengan muka tak malunya menjadi pemimpin-pemimpin Malaysia yang diimpikan oleh setiap seorang daripada kita. Mereka akan menyapa pengundi dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Mandarin dan bahasa Tamil. Kalau mereka boleh berbahasa semua jenis bahasa ini dengan fasih maka mereka akan bercakap dalam bahasa-bahasa ini."
Pada Ogos 2006, Institut Hal-Ehwal Antarabangsa Singapura menulis bahawa ahli politik Malaysia bernama Khairy Jamaluddin 'memainkan kad perkauman' dengan mengadu domba masyarakat Melayu dengan masyarakat Cina Malaysia. Khairy sebagai maklumbalasnya kepada kritikan dan tuntutan permohonan maaf itu menyatakan bahawa kenyataan beliau itu disalahfahami dan beliau tidak akan memohon maaf kerana beliau hanya bertindak 'mempertahankan bangsa Melayu dan parti beliau' dan sekiranya seseorang itu berjuang untuk bangsanya, maka dia tidak sepatutnya memohon maaf'.
Rujukan

- Wong Chun Wai, All for the sake of winning votes. The Star, 9 September 2008.
- Use of race card stirs controversy in Malaysia, Singapore Institute of Foreign Affairs, 29 Ogos 2006.