Sejarah Politik Kenegaraan - Monarki

Sejarah politik terpampang pada asal, perkembangan dan ekonomi sesuatu institusi dalam kerajaan. Asal-usul sesuatu negara itu boleh dijejaki dalam perkembangan 'Seni Peperangan' yang terdapat dalam peperangan-peperangan zaman purba. Secara sejarahnya, semua komuniti politik yang wujud pada zaman moden ini terhutang budi kepada kempen peperangan berjaya pada masa lampau.

Raja-raja, maharaja dan lain-lain bentuk monarki di kebanyakan negara termasuklah empayar China dan empayar Jepun seringkali dianggap sebagai maksum. Sistem pemerintahan beraja sering berada di kedudukan tertinggi dalam institusi yang memerintah kebanyakan negara. Sistem ini kemudian mendapat saingan apabila berlakunya revolusi di Perancis dan di Amerika. Revolusi-revolusi ini memberikan pandangan baru yang meruntuhkan 'hak-hak kemaksuman seorang raja' dalam sesuatu negara.

Walau bagaimanapun, sistem pemerintahan berbentuk monarki ini adalah antara institusi politik yang paling lama bertahan di dunia iaitu sejak tahun 2100 SM. Institusi monarki ini bermula di Sumeria dan ia terus wujud sehinggalah zaman moden. Istana menjadi satu institusi warisan yang diwariskan kepada anak cucu keluarga diraja di sesuatu negara.

Raja walaupun yang berkuasa mutlak selalunya memerintah kerajaannya dengan bantuan kelompok penasihat yang bangsawan yang membentuk majlis penasihat kepada baginda. Tanpa sokongan majlis ini maka raja itu pun tidak akan mampu untuk mempertahankan kuasa baginda. Disebabkan berlakunya rundingan antara mereka yang berada di luar sistem monarki dengan mereka yang berada dalam sistem monarki, maka berlakulah pembahagian kuasa yang menerbitkan sistem monarki berperlembagaan. Sistem monarki berperlembagaan ini dianggap sebagai cikal bakal kepada kerajaan berperlembagaan di seluruh dunia.

Untuk susunan majlis penasihat pemerintahan beraja ini, kita selalunya diajarkan dengan sistem dalam istana di Eropah dan di England. Walhal, sistem pemerintahan beraja di Malaysia sendiri boleh dibincangkan dan dijadikan contoh untuk perbincangan mengenai bentuk-bentuk pemerintahan monarki di sesuatu negara. Penakluk biasanya melancarkan peperangan ke atas negara lain atas faktor dendam atau atas faktor menjarah. Negara-negara yang ditakluk boleh juga membayar ufti sebagai satu bentuk diplomasi kepada negara yang menakluk. Salah satu fungsi majlis penasihat di istana itu adalah untuk memastikan peti besi raja penuh. Selain daripada itu, fungsi majlis tersebut adalah untuk mendapatkan perkhidmatan ketenteraan, mengasaskan ketuanan raja ke atas politi tersebut, memastikan bahawa cukai-cukai dapat dikutip dan negara menerima kerahan tentera yang mencukupi.