Memaparkan catatan dengan label sains politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sains politik. Papar semua catatan

Ahad, 16 Disember 2018

Perkauman


Sama seperti konsep kemasyarakatan lain, istilah perkauman mempunyai penggunaan harian dan mempunyai banyak makna pula pada setiap hari. Ia telah pun menjadi buah fikiran utama dalam perbualan harian serta teori kemasyarakatan.

Selain itu, aku turut menyediakan satu esei rujukan untuk bacaan tambahan berjudul, "Kad Perkauman". 
Pic Source: Race Card, Maxi Single, Paradox (online)

Rabu, 5 Disember 2018

Asas Pengajian Sains Politik


Sebenarnya bahan pengajian asas mengenai politik dalam bahasa Melayu sangatlah sedikit kerana bahan rujukan kebanyakannya dalam bahasa Inggeris. Hal ini menyebabkan penutur bahasa Melayu di Malaysia terbatas dalam membahaskan idea politik. Oleh itu, aku mengambil inisiatif ini untuk mengasah pemahaman aku sendiri dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai wahana. Dalam pada itu, pemahaman yang mendalam mengenai kesan institusi politik terhadap masyarakat moden boleh diperolehi dengan mempelajari politik sama ada sebagai sebahagian daripada Falsafah, Politik dan Ekonomi (PPE) atau Sejarah dan Politik (HP). Berikan masa selama tiga tahun untuk memahami bidang ini dengan sebaik mungkin.
Selanjutnya, pengajian ini membantu kita memahami cara sistem politik berfungsi, menjelaskan proses yang mengekalkan atau mengubah sistem tersebut serta meneliti konsep dan nilai yang digunakan dalam analisis dan wacana politik. Selain itu, ia membina pengetahuan dan pemahaman mengenai bidang-bidang utama dalam disiplin ini seperti perbandingan sistem pemerintahan, teori politik, sosiologi dan hubungan antarabangsa.

Sabtu, 11 Oktober 2014

Kursus Pentadbiran Awam


Semasa berkursus selama tujuh hari di Geneva pada Mei 2016, aku telah disentak oleh seorang kakak berbangsa Jerman yang turut menyertai kursus yang aku jalani itu berkenaan dengan kursus yang aku ambil semasa pasca siswazah pada tahun 2010-2013 di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Beliau memaklumkan aku bahawa pengajian aku yang disebut sebagai Pengajian Diplomasi dan Antarabangsa dengan Pengkhususan kepada Kesatuan Eropah (EU) itu sebenarnya adalah pengajian mengenai pentadbiran awam untuk blok negara Eropah Barat sahaja.
 
Hasil dari makluman tersebut, aku pun cuba menyediakan kembali nota sebagai rujukan untuk diri aku sendiri di masa hadapan. Nota aku itu adalah seperti yang berikut:
Rujuk dan Susun Semula di sini.