Pengenalan Hak Asasi Manusia

Doktrin hak asasi manusia sangat-sangat mempengaruhi undang-undang antarabangsa dan institusi global serta institusi serantau. Tindakan yang diambil oleh negara-negara dan organisasi-organisasi bukan kerajaan (NGO) membentuk asas kepada dasar awam di seluruh dunia. Buah fikiran hak asasi manusia ini mencadangkan bahawa, "jika perbincangan umum berkenaan masyarakat global di saat aman boleh dikatakan sebagai mempunyai bahasa moral yang sama, maka ia dikira sebagai hak asasi manusia". Dakwaan kuat dibuat oleh doktrin hak asasi manusia terus mencabar skeptisism yang berpatutan dan debat tentang isi kandungan, ciri-ciri serta justifikasi hak asasi manusia sehingga ke hari ini. 

Makna tepat bagi istilah hak ini adalah bersifat kontroversi. Ia tertakluk kepada debat falsafah yang tidak berkesudahan. Walaupun terdapat persetujuan umum bahawa hak asasi manusia itu merangkumi hak-hak pelbagai serta meluas seperti hak kepada perbicaraan yang adil, hak kepada perlindungan daripada perhambaan, hak terhadap larangan melakukan pembunuhan besar-besaran, hak kebebasan bersuara atau hak kepada pendidikan (termasuklah hak kepada pendidikan seks yang komprehensif), namun wujud juga percanggahan pendapat tentang hak mana satu daripada hak-hak ini yang patut dimasukkan dalam rangka kerja umum hak asasi manusia. Sesetengah pemikir mencadangkan bahawa hak asasi manusia mestilah menjadi keperluan minimum bagi mengelakkan kes-kes pencabulan yang serius, manakala pemikir-pemikir lain pula melihat hal ini sebagai standard yang lebih tinggi daripada itu.
 
Selain itu, banyak juga buah fikiran asasi ini yang memberikan nafas kepada pergerakan hak asasi manusia yang berkembang pesat selepas Perang Dunia Kedua dan selepas kejadian Holokaus di benua Eropah. Seterusnya, Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) diterbitkan di Paris, Perancis semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1948.
 
Pada zaman purba, manusia masih belum mengenali konsep hak asasi manusia sejagat seperti yang wujud pada hari ini. Titik permulaan sebenar bagi perdebatan mengenai hak asasi manusia ini muncul dari konsep hak semulajadi yang muncul dalam sebahagian tradisi undang-undang semulajadi di Eropah pada zaman pertengahan. Ia kemudian menjadi terkenal semasa zaman Enlightenment di Eropah dengan kemunculan ahli-ahli falsafah seperti John Locke, Francis Hutcheson dan Jean-Jacques Burlamaqui. Di samping itu, ia turut dibincangkan dalam perdebatan politik semasa Revolusi Amerika dan Revolusi Perancis.
 
Dari asas-asas ini maka hujah hak asasi manusia moden pun timbul menjelang separuh abad ke-20 mungkin sebagai tindak balas terhadap perhambaan, penyeksaan, pembunuhan besar-besaran dan jenayah perang yang telah berlaku. Ia juga merupakan satu bentuk kesedaran masyarakat dunia terhadap kelemahan manusia itu sendiri dan menjadi prasyarat kepada kemungkinan munculnya masyarakat yang adil pada masa hadapan.
 
Baca lanjut di sini