Pengenalan Federalisme

Ciri berbeza ini, dipaparkan dalam asas federalisme model seperti Amerika Syarikat (AS) di bawah Perlembagaan 1787. Ia memaparkan hubungan bergandingan antara dua lapisan kerajaan yang diasaskan ketika itu. Oleh itu, fededalisme bolehlah didefinisikan sebagai satu bentuk kerajaan yang mempunyai pembahagian kuasa antara dua peringkat kerajaan yang sama statusnya.

Federalisme ini berbeza dengan confederalism yang mana peringkat kerajaan yang umum itu menjadi kerajaan bawahan kepada kerajaan rantau. Ia juga berbeza dengan devolusi dalam satu negara yang bersatu di mana kerajaan peringkat rantau menjadi kerajaan bawahan kepada kerajaan di peringkat umum. Federalisme ini mewakili bentuk pertengahan antara integrasi rantau atau pemisahan, disempadani oleh confederalisme yang kurang berintegrasi dan bahagian integrasi devolusi dalam satu negara kesatuan.

Contoh-contoh negara berbentuk federation atau persekutuan ini adalah seperti:
  • Amerika Syarikat
  • Kanada
  • Mexico
  • Brazil
  • Jerman
  • Argentina
  • Switzerland
  • Australia
  • India
Sesetengah orang turut mengaitkan contoh perintis federalisme ini dengan European Union atau Kesatuan Eropah yang merupakan satu kumpulan pelbagai negara bangsa, dalam konsep yang diistilahkan sebagai kesatuan persekutuan antara negara-negara bangsa.

Rujukan
  • Ku Amirul Faiz Ku Seman, Dilema Federalisme, Sistem Dwiperundangan, Cakna: Utusan Malaysia, 10 September 2018 (online)
  • 10 negara yang mengurniakan hak untuk kemerdekaan kepada setengah wilayahnya (salah satunya adalah Perancis), Berita, Nationalia (online)
  • Jika salah satu negeri dalam negara anda menuntut kemerdekaan, adakah anda menerimanya? 16 Jawapan, Quora (online)
  • Shad Saleem Faruqi, State Rulers and Federal Constitution, the Star, 9 Mei 2019 (online)
  • Dr. Andrew J. Harding, 50 Years of Malaysia: Federalism Revisited, Marshall Cavendish (online)