Tiga puluh tahun lalu, seluruh dunia berkumpul di Beijing, China dan membulatkan tekad bagi memajukan kesaksamaan gender dan hak wanita serta gadis. Hari ini, kita menyaksikan demokrasi yang kian terhakis akibat kemunculan autoritarianisme, fasisme, nasionalisme, fahaman bercorak ketenteraan, patriarki, kekangan kewangan, hutang yang membeban dan campur tangan korporat dalam agenda Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta kerajaan di dunia.
Kerajaan di seluruh dunia menyasarkan pejuang hak asasi manusia dan alam sekitar. Namun, ramai juga dalam kalangan mereka yang bangkit berjuang, bergerak secara rentas kumpulan dan bersama-sama mencari penyelesaian bagi pelbagai krisis seperti konflik, perubahan iklim, peningkatan kos hidup serta pandemik COVID-19. Dalam pada kita mengingati kembali warisan Perisytiharan Beijing, seramai 16,000 suara mewakili golongan beliau dari seluruh rantau di dunia menyuarakan bahawa, "kami tidak boleh mundur lagi ke belakang, kami di sini untuk mempertahankan, dan kami perlukan hasil yang mendorong kami supaya maju ke hadapan."
Dokumen Beijing +30 ini bukan mengandungi hanya pengesyoran semata-mata. Sebaliknya, ia mengandungi suara kolektif golongan belia feminis yang menyeru kepada perubahan sistem, penghormatan kepada hak asasi manusia, serta perlindungan kepada planet bumi. Ia merupakan suara tanpa penyesalan golongan belia dan remaja yang menuntut supaya keadilan gender bukan hanya sekadar slogan semata-mata. Mereka menggesa dunia supaya berhenti daripada melihat mereka hanya sebagai "masa hadapan" apabila mereka sebenarnya sudah pun memimpin dan meneruskan kepimpinan pada hari ini.
Mereka datang dari bandar dan kampung, dari komuniti pelbagai latar belakang, bahasa dan pergelutan dalam kehidupan. Melalui perbualan, konsultasi dan kerjasama, maka mereka pun menyusun 30 syor ini yang mancabar zon keselesaan serta mencetuskan tindakan. Dari keadilan iklim sehinggalah kepada autonomi tubuh, dari keseimbangan alam maya sehinggalah kepada mengakhiri keganasan terhadap wanita, keutamaan mereka adalah jelas bahawa mereka mengharapkan dunia yang dimiliki oleh setiap orang tanpa mengira gender, hak yang ditegakkan dan kebebasan untuk memperkembang potensi diri. Syor ini semuanya berakar umbikan keberanian kerana bermimpi sahaja tidak cukup untuk membawa seseorang itu ke arah dunia yang lebih baik. Tindakan seseorang itu pula memerlukan keberanian. Kesemuanya berhujung pangkal kepada titik pertemuan, kerana kebebasan seseorang itu tidak akan sempurna hinggalah setiap orang itu orang bebas dan mereka menghormati serta meraikan semua kerana feminisme tidak mengenal sempadan.
Mereka enggan mewarisi sistem yang kacau bilau. Mereka adalah suara yang bergema merentasi masa dan ruang, menuntut supaya Beijing +30 tidak dijadikan sebagai satu mercu tanda peringatan semata-mata sebaliknya dilihat sebagai satu revolusi. Dunia yang diimpikan mereka adalah yang berterus terang, transformatif dan feminis sehingga ke akar umbinya. Pembuat dasar, sekutu serta rakan seperjuangan yang memegang tampuk kuasa, inilah satu undangan dan cabaran kepada anda untuk bangkit bersama mereka di Beijing +30. Bergabunglah bersama pergerakan mereka. Jadilah sumber serta biayailah mereka. Pimpin mereka kerana mereka tidak mampu untuk berada di tempat yang sama dalam masa lima tahun yang akan datang.
Dengan solidariti, harapan yang radikal dan dorongan