Sebenarnya bahan pengajian asas mengenai politik dalam bahasa Melayu sangatlah sedikit kerana bahan rujukan kebanyakannya dalam bahasa Inggeris. Hal ini menyebabkan penutur bahasa Melayu di Malaysia terbatas dalam membahaskan idea politik. Oleh itu, aku mengambil inisiatif ini untuk mengasah pemahaman aku sendiri dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai wahana. Dalam pada itu, pemahaman yang mendalam mengenai kesan institusi politik terhadap masyarakat moden boleh diperolehi dengan mempelajari politik sama ada sebagai sebahagian daripada Falsafah, Politik dan Ekonomi (PPE) atau Sejarah dan Politik (HP). Berikan masa selama tiga tahun untuk memahami bidang ini dengan sebaik mungkin.
Selanjutnya, pengajian ini membantu kita memahami cara sistem politik berfungsi, menjelaskan proses yang mengekalkan atau mengubah sistem tersebut serta meneliti konsep dan nilai yang digunakan dalam analisis dan wacana politik. Selain itu, ia membina pengetahuan dan pemahaman mengenai bidang-bidang utama dalam disiplin ini seperti perbandingan sistem pemerintahan, teori politik, sosiologi dan hubungan antarabangsa.
