Jenis-Jenis Politik

Politik terbahagi kepada tiga jenis atau tiga lapisan. Bahagian-bahagian politik itu adalah seperti berikut:
  • Politik Rasmi merujuk kepada cara sistem perlembagaan sesuatu kerajaan itu berfungsi. Secara umumnya, politik rasmi ini didefinisikan sebagai institusi-institusi dan prosedur-prosedurnya. Parti-parti politik, dasar awam atau perbincangan mengenai perang dan hal-ehwal luar dikira sebagai politik rasmi. Kebanyakan orang memandang politik rasmi sebagai sesuatu yang di luar daripada diri mereka namun ia masih lagi memberikan kesan kepada kehidupan harian mereka.
  • Politik Separa Rasmi merujuk kepada politik-politik dalam persatuan-persatuan kerajaan seperti persatuan penduduk atau kerajaan-kerajaan pelajar di mana parti politik pelajar dipandang sebagai penting.
  • Politik Tidak Rasmi difahami sebagai pembentukan pakatan, penggunaan kuasa, melindungi dan memajukan matlamat atau buah fikiran tertentu. Secara amnya, hal ini termasuklah sebarang perkara yang memberikan kesan langsung kepada kehidupan harian seseorang individu seoerti cara sesuatu pejabat atau cara sesebuah keluarga itu diuruskan atau cara seseorang individu atau sekelompok individu memberikan pengaruh kepada yang lain. Politik tidak rasmi ini biasanya difahami sebagai politik harian. Oleh itu, muncullah buah fikiran tentang 'politik itu berada di mana-mana sahaja'.