"Satu tempat di mana semua negara dunia boleh berkumpul, membincangkan isu atau masalah bersama dan mencari jalan penyelesaian demi manfaat seluruh umat manusia"
Memandangkan bahasa Melayu bukan merupakan salah satu daripada bahasa praktikal di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) maka aku diperbuat satu laman untuk rujukan mengenai badan antarabangsa tersebut dalam bahasa Melayu.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau bahasa Inggerisnya United Nations (UN) ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang ditubuhkan pada tahun 1945. PBB kini dianggotai oleh sebanyak 193 Negara Anggota. Aktiviti PBB dipandu oleh tujuan serta prinsip yang terkandung dalam Piagam penubuhannya. Sepanjang kewujudannya, PBB telah berkembang dan menyesuaikan keberadaannya dengan situasi dunia yang berubah pantas. Namun, satu perkara yang tetap tidak berubah adalah ia kekal sebagai satu-satunya tempat di mana semua negara dunia boleh berkumpul, membincangkan isu atau masalah bersama dan mencari jalan penyelesaian demi manfaat seluruh umat manusia.
Rujukan dalam bahasa Inggeris boleh diakses melalui laman sesawang "United Nations" di mana berita-berita, kenyataan dan isu semasa di seluruh dunia dipaparkan untuk rujukan penduduk dunia. Selain daripada itu, teks yang dipetik dan diterjemah daripada dokumen rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk kefahaman orang awam mengenai peranan yang dimainkan olehnya. Sebelum 17 September 1987, dasar organisasi tersebut menyatakan bahawa ia tidak menuntut hak cipta, dengan mengekalkan kebanyakan dokumennya dalam domain awam bagi tujuan penyebaran sebanyak mungkin idea dan kesedaran yang terkandung dalam Penerbitan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
