Kita sering mendengar bahawa idea agama dan pemimpin agama boleh menawarkan kompas moral untuk membimbing dasar dalam konteks yang digambarkan sebagai tanpa Tuhan lalu ia dianggap sebagai tidak bermoral.
Tidak dapat dinafikan bahawa ajaran agama boleh memberikan perspektif dan keprihatinan yang membantu mengurangkan aspek buruk dalam masyarakat. Sama ada ahli politik yang terdorong menyediakan jaringan keselamatan sosial kerana tuntutan agama untuk menjaga golongan miskin atau pemilik perniagaan yang merasakan imannya mendorongnya membayar pekerja dengan lebih baik. Keputusan berasaskan agama boleh menghasilkan hasil yang diingini secara sosial.
Namun, andaian dalam perenggan sebelumnya boleh dianalisis semula. Golongan bukan beragama juga boleh menjadi insan bermoral dengan niat altruistik terhadap sesama manusia dan bukan beragama tidak boleh disamakan dengan nihilisme. Kehidupan tanpa agama juga boleh kaya dengan makna, malah makna boleh daripada tindakan altruistik. Ketiadaan kerangka panduan agama dengan keutamaan kepada kumpulan agama tertentu sebaliknya boleh menjadikan penilaian lebih adil terhadap keperluan seluruh populasi.
Terdapat banyak contoh kerajaan ateis dan teokratik yang melancarkan peperangan dan menindas rakyat. Baik pemimpin beragama mahu pun ateis mampu melakukan kebaikan dan juga keburukan. Namun, apabila dasar dimotivasikan secara nyata atau tersirat atas nama Tuhan atau komuniti agama tertentu, maka dasar itu menjadi sukar diteliti dan tidak sesuai dengan demokrasi.