![]() |
| Gambar Persimpangan Stesen LRT & MRT Chan Sow Lin oleh Happy Buffalo |
Malaysia merupakan satu-satunya negara yang mempunyai rantau di kedua-dua tanah besar dan pulau di Asia Tenggara. Rantau di Malaysia ini dikenali sebagai Malaysia Barat dan Malaysia Timur. Malaysia Barat yang juga merupakan Semenanjung Malaysia meliputi kawasan 131,313 meter persegi (50,700 batu persegi) yang mengandungi bahagian selatan Semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan yang berdekatan dengannya. Semenanjung Malaysia disempadani oleh Thailand di utaranya dan Singapura pula berada di hujung selatannya. Semenanjung Malaysia mempunyai 11 negeri dan dua Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur serta Putrajaya. Sementara itu, Malaysia Timur pula merangkumi kawasan seluas 201,320 meter persegi ((77,730 batu persegi) meliputi bahagian utara Pulau Borneo serta kepulauan yang berdekatan dengan pantainya. Malaysia Timur berkongsi pulau Borneo dengan Brunei di pantai utaranya dan Kalimantan, Indonesia di selatannya. Malaysia Timur mengandungi Sabah dan Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan. Malaysia Barat dan Malaysia Timur dipisahkan oleh Laut China Selatan berjarak 640 km (kira-kira 400 batu) seterusnya membentuk kawasan 329.758 km persegi (127,320 batu persegi).
