Pengenalan tentang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Keanggotaan PBB telah berkembang daripada 51 Negara Anggota asal pada tahun 1945 kepada 193 Negara Anggota pada masa kini. Semua Negara Anggota PBB menjadi ahli Perhimpunan Agung. Selain itu, sesebuah negara diterima masuk sebagai anggota melalui keputusan Perhimpunan Agung berdasarkan syor daripada Majlis Keselamatan.

Setiausaha Agung pula ialah Ketua Pegawai Pentadbiran PBB yang menjadi simbol kepada cita-cita Pertubuhan serta penyokong bagi semua rakyat dunia, khususnya golongan miskin dan tersisih. Setiausaha Agung PBB dilantik oleh Perhimpunan Agung atas syor Majlis Keselamatan untuk penggal selama lima tahun dan ia boleh diperbaharui. Setiausaha Agung semasa dan pemegang jawatan yang kesembilan, António Guterres berasal dari Portugal. Beliau mula memegang jawatan ini pada 1 Januari 2017. Pada 18 Jun 2021, Guterres telah dilantik semula bagi penggal kedua dengan ikrar membantu dunia mencari jalan keluar daripada pandemik COVID-19. Maklumat terperinci mengenai Setiausaha Agung PBB boleh diakses dalam laman sesawang Secretary-General of the United Nations dalam bahasa Inggeris.