Rujukan Kementerian dan Agensi

Sebelum ini, aku pernah bekerja di bahagian penyelarasan antarabangsa yang berhubungan dengan pertubuhan dan mekanisme di peringkat antarabangsa. Aku mendapati bahawa tugasan ini agak sukar juga memandangkan aku tidak mendapat kerjasama yang baik daripada rakan sekerja yang bermacam-macam tingkah laku dan perangai mereka.

Bahagian ini aku hasilkan pada 30 Mac 2017 menyenaraikan atau memetakan institusi yang aku rasa perlu untuk aku berhubungan apabila melibatkan urusan kerja. Hal ini akan memudahkan aku untuk mendapatkan kontak perhubungan yang betul bagi aku menjalankan program atau libat urus dengan agensi kerajaan atau kementerian.

Bahagian ini bermatlamat untuk dijadikan sebagai rujukan peribadi aku bagi menjalankan tugasan atau pun penyelidikan sahaja. Selain itu, rujukan boleh juga dibuat dalam UN Offices in Malaysia Located in Putrajaya dalam The Star Online oleh Mazwin Nik Anis pada 8 Februari 2018. Sekian, terima kasih.