Pengajian
Hubungan Antarabangsa (IR) ini adalah sejenis pengajian yang mengkaji
hubungan antara politik, ekonomi dan perundangan pada peringkat global.
Setakat yang aku ingat semasa zaman aku belajar pasca ijazah di
Universiti Sains Malaysia (USM) dulu. Ada satu sesi yang mana pensyarah
kelas IR kami yang aku ingat dikenali sebagai Dr. Teh Cheng Guan pernah
meminta kami duduk membentuk bulatan. Kemudian seorang-seorang disuruh
memberikan 'recap' tentang jurnal atau rencana yang dibaca oleh kami.
Dari sesi-sesi ini aku difahamkan bahawa IR ini adalah cara bagaimana
negara-negara di dunia ini bertindakbalas antara satu sama yang lain.
Dalam IR ini, negara-negara dunia ini dipandang sebagai actor
atau pelakon di pentas antarabangsa. Begitu juga institusi-institusi
yang ada di dunia ini digelar sebagai actor. Terdapat juga non-state actor seperti terrorists atau pengganas.
- Sejarah Hubungan Antarabangsa
- Sejarah Pengajian Hubungan Antarabangsa
- Teori-Teori Hubungan Antarabangsa
- What is International Relations (online)