Mengikut piawaian di Oxford, kesemua kertas kursus Sains Politik, kecuali tesis akan dinilai melalui peperiksaan bertulis. Terdapat dua peringkat peperiksaan universiti bagi bidang Sains Politik iaitu:
- Peperiksaan Awal (Prelims), biasanya diduduki pada akhir tahun pertama iaitu anda perlu lulus 'Prelims' untuk mara ke tahun kedua; dan
- Peperiksaan Akhir (Finals) yang biasanya diduduki pada akhir tahun ketiga.
Pelajar jurusan Sejarah dan Sains Politik (HP) diwajibkan menyerahkan tesis mengenai topik pilihan mereka pada tahun akhir pengajian. Bagi pelajar Falsafah, Politik dan Ekonomi (PPE) pula, penyerahan tesis adalah pilihan masing-masing. Mohon buat rujukan mengenai piawaian di Cambridge juga.