Tahun 2 - Pengkhususan Bidang Politik

Jika anda mempelajari bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi (PPE), anda boleh memilih dua daripada tiga bidang pengkhususan atau meneruskan pengajian dengan ketiga-tiganya sekali.

Selain itu, anda yang mempelajari bidang Sejarah dan Politik (HP) boleh bersama-sama dengan mereka yang mempelajari PPE meneruskan pengajian Politik dengan memilih dua pilihan daripada lima kertas teras iaitu:

  • Kerajaan Perbandingan
  • Politik dan Kerajaan British sejak 1900
  • Teori Politik
  • Hubungan Antarabangsa
  • Sosiologi Politik

Rujuk juga laman sesawang, "Jabatan Politik dan Hubungan Antarabangsa" di Universiti Oxford bagi mendapatkan bahan rujukan. Sekian, terima kasih.