Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau United Nations (UN) dalam bahasa Inggeris adalah sebuah pertubuhan antarabangsa yang diasaskan pada tahun 1945. Hingga tahun 2024, negara anggota PBB adalah sebanyak 193 buah negara. PBB dan juga kerjanya dipandu oleh tujuan dan prinsip yang terkandung dalam piagam pengasasannya.
PBB berevolusi selama bertahun-tahun bagi menyesuaikan keadaannya dengan dunia yang berubah dengan pantas ini. Namun, satu hal yang masih lagi sama tidak berubah ialah ia menjadi pusat perkumpulan bagi semua bangsa di dunia ini bagi membincangkan isu bersama, dan mencari solusi yang memberikan manfaat kepada kemanusiaan secara menyeluruh.
Sila akses laman sesawang PBB di United Nations bagi mendapatkan maklumat dalam bahasa rasmi PBB seperti bahasa Inggeris, bahasa Russia, bahasa Perancis, bahasa Arab, bahasa Sepanyol dan bahasa Mandarin (China).