Ringkasan Pengenalan mengenai Politik


Malaysia dan politik memang tidak dapat dipisahkan. Aku sendiri hidup pada zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad yang pada ketika itu menjadi perdana menteri Malaysia keempat. Selain itu, aku juga sempat menyaksikan ketaksuban masyarakat Malaysia dengan parti politik, kultus tokoh politik mereka dan juga merupakan antara generasi yang merasai kesan politik berasaskan latar belakang perkauman di Malaysia.

Apabila bersembang mengenai isu politik ini, fikiran masyarakat Malaysia pasti akan bertumpu kepada gabungan parti politik seperti Barisan Nasional (BN), Parti Islam Se-Malaysia (PAS) atau Pakatan Harapan (PH). Namun, setakat manakah pemahaman masyarakat Malaysia terhadap istilah politik ini selain daripada ketaksuban mereka kepada parti politik pilihan masing-masing?
Gambar di atas dipetik dari Matthew L. Potts. 2017. The Politics of Preaching, Harvard Divinity School and Illustrations oleh Edel Rodriguez. Rujukan umum boleh juga didapati dari "Politics" terbitan ensiklopedia terbuka, Wikipedia.