Federalisme di Eropah

Beberapa sistem jenis federal atau persekutuan wujud di Eropah. Contohnya seperti di Switzerland, Jerman, Belgium, Bosnia dan Hezergovina serta Kesatuan Eropah. Di Britain Imperial Federation atau Persekutuan Imperial dilihat sebagai satu kaedah inter alia untuk menyelesaikan masalah pergerakan Home Rule yang timbul di Ireland. Federalism juga dicadangkan sejak dahulu lagi sebagai satu penyelesaian bagi Irish Problem dan yang terkini penyelesaian kepada Persoalan West Lothian.

Revolusi Perancis

Semasa Revolusi Perancis berlangsung terutamanya pada 1793, "federalisme" mempunyai maksud yang berbeza keseluruhannya daripada maksud asal. Ia menjadi pergerakan politik untuk melemahkan kerajaan pusat di Paris dengan penyerahan kuasa kepada wilayah-wilayah.

Kesatuan Eropah

Berikutan penghujung Perang Dunia II, beberapa pergerakan mula berkempen mengenai Persekutuan Eropah. Pergerakan tersebut adalah seperti Union of European Federalists dan the European Movement yang diasaskan pada tahun 1948. Organisasi-organisasi ini memberikan pengaruh kepada proses penyatuan Eropah, namun bukan dengan cara yang benar-benar memberikan impak.

Walaupun draf-draf Perjanjian Maastricht dan Perjanjian Pengasasan Perlembagaan Eropah menyebut mengenai federalisme, namun rujukan ini tidak pernah dimasukkan ke dalam teks dokumen perjanjian yang diterimapakai secara konsensus. Penyokong kuat kepada federalisme atau persekutuan Eropah ini adalah Jerman, Itali, Belgium dan Luxembourg. Negara-negara Eropah yang menolak idea ini dengan sekeras-kerasnya adalah United Kingdom, Denmark dan Perancis (yang diperintah oleh pemimpin-pemimpin kerajaan serta pemimpin negara yang konservatif).

Sejak kepresidenan Francois Mirtterrand dari 1981-1995, pihak berkuasa Perancis menerima pakai pendirian yang lebih pro kepada Penyatuan Eropah. Hal ini kerana mereka menganggap Kesatuan Eropah (EU) yang kuat itu menjadi jaminan kepada mengelakkan Jerman bersatu dengan negeri-negeri bekas jajahannya di sekitar Eropah sehingga menjadi terlalu kuat dan mengancam jiran-jirannya.

Sesiapa yang tidak selesa untuk menggunakan perkataan 'F' dalam konteks Eropah bolehlah merujuknya sebagai satu sistem yang quasi-federal bermaksud ia adalah satu sistem yang hampir menyerupai sistem federal. Walau bagaimanapun, untuk tujuan analisis di sini, EU mempunyai ciri-ciri seperti sistem federal. Boleh dilihat juga walaupun banyak sarjana-sarjana berkenaan EU ini tetap enggan menganalisis ia sebagai satu federation atau persekutuan, namun kebanyakan pelajar federalisme tetap memandang EU sebagai satu sistem federal (Lihat Bednar, Filippov et al., McKay, Kelemen, Defigueido and Weingast). (R. Daniel Kelemen).
Jerman

Jerman dan EU mempersembahkan satu-satunya contoh federalisme di dunia yang ahli-ahli Dewan Negara atau Bundesrat dalam bahasa Jerman yang bermaksud Majlis Persekutuan dan Majlis Eropah (European Council) itu tidak dipilih atau dilantik namun mengandungi ahli-ahli atau delegasi kerajaan dari konstituen-konstituen mereka. Amerika Syarikat (AS) mempunyai sistem yang serupa sehinggalah pada tahun 1913, iaitu sebelum Pindaan ke-17, senator-senator menjadi delegasi negara yang dipilih oleh badan perundangan negara berbanding oleh rakyat.

Konfederasi Rhine, Konfederasi Jerman, Konfederasi Jerman Utara, Empayar Jerman dan Republik Weimar dan Empayar Romawi Suci sudah pun menjadi federal atau persekutuan dengan rantau-rantau yang mempunyai sistem politik yang berbeza-beza dan rumit. Jerman moden meninggalkan federalisme ini hanya semasa zaman Nazisme iaitu sekitar tahun 1933 sehingga tahun 1945 (hanya de facto namun bukan de jure) dan semasa zaman Republik Demokratik Jerman dari tahun 1952 sehingga tahun 1990. Adolf Hitler memandang federalisme sebagai satu halangan kepada matlamatnya. Seperti yang ditulis dalam bunya yang berjudul Mein Kampf, "Sosialisme negara haruslah menuntut hak untuk mengenakan prinsip-prinsipnya kepada seluruh bangsa Jerman, tanpa mempedulikan halangan-halangan dari negeri-negeri dalam persekutuan tersebut".

Di samping itu, idea mengenai sebuah kerajaan yang kuat dan berpusat itu mempunyai konotasi yang sangat-sangat negatif pula dalam politik Jerman walaupun pergerakan-pergerakan politik progresif di Jerman seperti golongan Liberal dan Sosial Demokrat mengusulkan Empayar Jerman Kedua (1871-1918) supaya menghapuskan majoriti negeri Jerman bersekutu atau sekurang-kurangnya membentuk semula negeri-negeri tersebut dalam bentuk baru pada zaman itu. Hal ini kerana, mereka ini dianggap sebagai tinggalan-tinggalan dari pusaka monarki yang mewakili struktur-struktur semasa Zaman Pertengahan di Eropah dulu.