Federalisme di Malaysia muncul dengan penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu di Semenanjung Tanah Melayu atau Malaya. Bentuk kerajaan sebegini mengambil rupa yang lebih konkrit dengan penubuhan Persekutuan Malaya atau Persekutuan Tanah Melayu. Penggabungan antara Malaya dengan Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (Sabah) kemudiannya merumitkan lagi keadaan. Menjelang tahun 2008, walaupun Malaysia secara de jure adalah satu persekutuan, namun ia dilihat sebagai satu negara yang bersatu secara de facto. Sesetengah orang mencadangkan bahawa kejayaan pakatan pembangkang dalam beberapa pilihanraya kecil negeri mengubah iklim politik dan pendekatan terhadap sistem Federalisme ini.
Kerajaan Negeri
Kerajaan negeri diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri di negeri-negeri yang tiada pemerintah beraja. Menteri Besar dan Ketua Menteri ini dipilih oleh Dewan Undangan Negeri serta mereka berfungsi dalam menasihati sultan-sultan mereka atau gabenor mereka.
Menyerupai Negara Bersatu
Walaupun Malaysia adalah sebuah negara persekutuan, namun ahli-ahli sains politik mencadangkan bahawa bentuk persekutuannya ini adalah berkiblatkan ke tengah paksi.
Kerajaan Negeri
Kerajaan negeri diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri di negeri-negeri yang tiada pemerintah beraja. Menteri Besar dan Ketua Menteri ini dipilih oleh Dewan Undangan Negeri serta mereka berfungsi dalam menasihati sultan-sultan mereka atau gabenor mereka.
Menyerupai Negara Bersatu
Walaupun Malaysia adalah sebuah negara persekutuan, namun ahli-ahli sains politik mencadangkan bahawa bentuk persekutuannya ini adalah berkiblatkan ke tengah paksi.
Federalisme kita ini memberikan kuasa kepada kerajaan persekutuan bukan sahaja dari perundangan dan eksekutif, namun kerajaan persekutuan turut memegang sumber-sumber penting cukai negara. Kerajaan-kerajaan negeri dihalang dari menerima cukai-cukai seperti cukai pendapatan, cukai eksport, cukai import dan eksais duti kastam. Kerajaan-kerajaan negeri juga dihadkan dari menerima pinjaman antarabangsa. Kerajaan-kerajaan negeri terpaksa bergantung kepada sumber-sumber hutan, tanah, galian, petroleum, industri hiburan dan akhirnya kepada bayaran-bayaran dari kerajaan persekutuan. - Weakened Federalism in the New Federation, Wong Chin Huat, 2007Pilihanraya umum pada tahun 2008 menyaksikan pakatan longgar antara Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Islam Se-Malaysia yang memenangi majoriti lima daripada 13 dewan undangan negeri. Sebelumnya, parti pemerintah Barisan Nasional (BN) menguasai 12 kerajaan negeri kecuali Kelantan. Dalam editorial akhbar the Sun, disebutkan bahawa hal ini menunjukkan berlakunya perubahan dalam hubungan antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat.
[Pejawat awam] telah terbiasa dengan Malaysia yang bertindak sebagai satu negara yang bersatu kerana kebanyakan masanya negeri-negeri di Malaysia ini diperintah oleh BN. Kerajaan-kerajaan negeri bertindak selari dengan kerajaan pusat kerana penguasaan politik yang berkesan menerusi Barisan Nasional. Walau bagaimanapun, keputusan pilihanraya umum di lima negeri telah dirampas oleh parti-parti yang bukan ahli BN. Maka, terdapat kemungkinan negeri-negeri tersebut akan bertindak secara individual berbanding dengan sebelumnya.