Di Eropah, istilah "Federalis" kadang-kala digunakan untuk menggambarkan mereka yang condong kepada kerajaan persekutuan yang biasa, dengan pembahagian kuasa antara tahap rantau, kebangsaan dan supranational. Kebanyakan federalis dari Eropah ingin supaya perkembangan ini berterusan dalam Kesatuan Eropah atau European Union (EU). Federalisme di Eropah tercetus selepas perang di Eropah. Hal ini tercermin dalam ucapan Winston Churchill di Zurich, Switzerland pada 1946.
Di Amerika Syarikat (AS), federalisme asalnya merujuk kepada kepercayaan terhadap kewujudan satu kerajaan pusat yang lebih kuat. Apabila Perlembagaan AS didrafkan, Parti Federalis menyokong kewujudan satu kerajaan pusat yang kuat sementara kelompok 'Anti-Federalis' inginkan kerajaan pusat yang lebih lemah.
Hal-hal di atas itu menunjukkan perbezaan yang ketara dalam penggunaan istilah federalisme pada zaman moden dalam konteks Eropah dan konteks Amerika Syarikat. Perbezaan ini berakar umbi dari hakikat bahawa 'federalisme' ini terletak di tengah-tengah spektrum politik antara konfederasi dan satu negara yang dibentuk oleh negeri-negeri atau negara-negara kecil. Perlembagaan AS ditulis sebagai tindakbalas terhadap Articles of Confederation yang menyebut bahawa Amerika Syarikat itu adalah satu konfederasi atau gabungan kerajaan dengan satu kerajaan pusat yang lemah.
Berbeza dengan di Eropah. Benua Eropah mempunyai sejarah negara-negara yang bersekutu yang lebih lama berbanding dengan di Amerika Utara. Oleh itu, Federalisme di Eropah membahaskan supaya wujud satu kerajaan pusat yang lemah, bertimbal balas dengan satu negara yang bersatu. Penggunaan federalisme di Amerika dari segi perkataan lebih dekat dengan makna yang difahami di Eropah. Apabila kuasa kerajaan persekutuan itu bertambah, sesetengah orang akan nampak wujudnya satu negara yang bersatu berbanding dengan apa yang diniatkan oleh pengasas kepada sistem ini di rantau tersebut.
Kebanyakan mereka yang berkempen mengenai "federalisme" di AS ini membahaskan juga kecenderungan mereka terhadap pengehadan kuasa kerajaan persekutuan terutamanya dalam bidang perundangan (rujuk kepada Federalist Society dan New Federalism).
Di Kanada, federalisme secara tipikalnya menekankan kepada percanggahan dengan pergerakan-pergerakan kedaulatan negeri-negeri atau sovereigntist movements. Kebanyakan gerakan ini muncul di Quebec iaitu bahagian yang berbahasa Perancis di Kanada.
Kerajaan-kerajaan di Argentina, Australia, Brazil, India dan Mexico antara lainnya pun disusun berdasarkan kepada prinsip-prisnip federalis.
Federalisme boleh jadi mencakupi beberapa, dua atau tiga bahagian dalaman. Contohnya seperti di Belgium atau di Bosnia dan Hezergovina. Umumnya, dua titik melampau dalam federalisme ini boleh dibezakan pula iaitu kerajaan persekutuan yang kuat itu hampir sempurna kesatuannya dengan kuasa-kuasa dalam beberapa bidang diturunkan kepada kerajaan-kerajaan tempatan. Sementara di satu titik melampau lain pula, kerajaan persekutuan itu hanya menjadi nama sahaja bagi satu konfederasi antara negeri-negeri.
Pada tahun 1999, Kerajaan Kanada mengasaskan Forum of Federations sebagai jaringan antarabangsa untuk bertukar-tukar amalan terbaik dalam kalangan negara-negara yang mengamalkan prinsip federal dan yang menuju ke arah itu. Ia beribu pejabat di Ottawa, Kanada dan menjadi rakan kongsi dengan kerajaan-kerajaan seperti Australia, Brazil, Ethiopia, Jerman, India, Mexico, Nigeria dan Switzerland.