Hak asasi manusia adalah prinsip moral atau norma yang menjelaskan mengenai standard tertentu bagi tabiat atau tingkah laku manusia. Ia selalunya dilindungi dalam undang-undang antarabangsa dan undang-undang sesuatu negara. Umumnya, hak asasi manusia itu difahami sebagai:
- Hak yang tidak dapat dipisahkan di mana seseorang manusia itu secara semulajadinya berhak terhadapnya kerana dia adalah seorang manusia. Hak asasi ini secara semulajadinya menjadi hak bagi setiap manusia tanpa mengira bangsa, lokasi, bahasa, agama, bangsa, etnik dan status lain;
- Hak yang terpakai di merata-rata tempat pada setiap masa dalam erti kata bahawa ia adalah hak yang sejagat. Hak asasi manusia ini bersifat saksama iaitu ia sama bagi setiap manusia. Seseorang itu dianggap sebagai memerlukan empati. Kedaulatan undang-undang memastikan bahawa seseorang itu mematuhi kewajipan menghormati hak asasi manusia yang lain; dan
- Hak yang tidak boleh dirampas dari seseorang pun kecuali apabila melibatkan beberapa proses berdasarkan kepada keadaan tertentu. Contoh hak asasi manusia yang tergugat adalah seperti seseorang itu dipenjarakan tanpa sebarang perbicaraan, diseksa dan juga dihukum secara tidak adil.
Makna yang tepat bagi istilah hak asasi manusia ini adalah bersifat kontroversi. Ia tertakluk kepada debat falsafah yang tidak berkesudahan. Walaupun terdapat persetujuan umum bahawa hak asasi manusia ini merangkumi hak yang pelbagai serta meluas seperti hak kepada perbicaraan yang adil, hak kepada perlindungan dari perhambaan, hak terhadap larangan melakukan pembunuhan besar-besaran, hak kebebasan bersuara dan hak kepada pendidikan termasuklah kepada pendidikan seks yang komprehensif namun wujud juga percanggahan pendapat tentang hak yang mana satu daripada hak-hak ini yang sepatutnya dimasukkan dalam kerangka kerja umum hak asasi manusia. Sesetengah pemikir mencadangkan bahawa hak asasi manusia mestilah menjadi keperluan yang minimum bagi mengelakkan kes pelanggaran yang serius manakala pemikir lain pula melihat hal ini sebagai satu standard yang lebih tinggi daripada itu.
- Pengenalan kepada Hak Asasi Manusia
- Sejarah Hak Asasi Manusia
- Badan Antarabangsa dan Perlindungan Hak Asasi Manusia
- Hak Asasi Manusia di Pelbagai Rantau Dunia
- Falsafah Hak Asasi Manusia
- Konsep dalam Hak Asasi Manusia
- Undang-Undang Hak Asasi Manusia