Rabu, 17 April 2024

Ilmu Sains Sosial

Sains Sosial adalah salah satu daripada cabang sains, yang didedikasikan untuk mengkaji masyarakat dan hubungan sesama individu dalam masyarakat tersebut. Istilah ini asalnya digunakan bagi merujuk kepada bidang sosiologi, "ilmu kemasyarakatan" asal yang diasaskan pada abad ke-18 masihi.

Mohon masukkan juga maklumat lain yang bersesuaian dengan bidang ini.


Selasa, 16 April 2024

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Aku pernah mendengar mengenai United Nations (UN) atau dalam bahasa Melayunya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semasa aku belajar di tingkatan empat atau tingkatan lima dalam pelajaran Sejarah di sekolah menengah. Namun, topik ini tidak disentuh langsung pun oleh guru Sejarah, mungkin kerana mereka tidak mengetahui lanjut mengenai badan ini dan mengejar silibus pengajaran.

PBB ini adalah pertubuhan antarabangsa yang bergiat dalam bidang diplomasi dan politik. Tujuan pertubuhan ini ditubuhkan adalah untuk memastikan keamanan dan keselamatan dunia, menjalinkan hubungan persahabatan dalam kalangan bangsa di dunia, mencapai kerjasama antarabangsa dan menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan semua negara bangsa di dunia. PBB merupakan pertubuhan antarabangsa yang terbesar sekali di dunia. Ibu pejabat PBB berada di New York, Amerika Syarikat (AS) namun ia mempunyai keistimewaan melampaui sempadan AS. Selain itu, PBB mempunyai pejabat lain di Geneva, Nairobi, Vienna dan The Hague di mana Mahkamah Keadilan Antarabangsa beribu pejabat di Istana Keamanan.
Mohon disambung dengan lebih lanjut lagi, terima kasih. 
 

Selasa, 21 Mac 2023

Hak Asasi Manusia

Hak asasi manusia adalah semulajadi dalam semua manusia, tanpa mengira kewarganegaraan, jantina, kebangsaan atau suku kaum, warna kulit, agama, bahasa dan status lain. Bacaan lanjut mengenai hak asasi manusia secara asasnya bolehlah diakses seperti berikut:

 Mohon buat tambahan kepada tajuk ini melalui bacaan lanjut, terima kasih. 

    

Memahami Jenis Pemerintahan

Rencana ini menyenaraikan bentuk pemerintahan dan sistem politik mengikut satu siri pengelasan yang pelbagai. Sistem yang disenaraikan tidak semestinya eksklusif dan selalunya mempunyai definisi yang bertindan antara satu sama lain.

Menurut Prof. Juan Jose Linz, Universiti Yale terdapat sebanyak tiga jenis sistem politik pada hari ini iaitu demokrasi, rejim totalitarian dan di antara kedua-dua ini adalah rejim autoritarian dengan rejim yang hibrid. Sistem pengelasan moden lain turut memasukkan monarki sebagai entiti yang berdiri sendiri atau sebagai sistem yang hibrid dari ketiga-tiga sistem politik yang utama itu.

Cendekiawan umunya lebih suka untuk mengelaskan pemerintahan diktator atau kuku besi di bawah bentuk pemerintahan autoritarianisme atau totalitarianisme. Manakala, ahli falsafah Greek pula mengenalpasti sebanyak lima jenis rejim dalam karya Republic iaitu aristokrasi, timokrasi, oligarki, demokrasi dan tirani.   

Rujukan

Sabtu, 12 Jun 2021

Politik dan Pentadbiran Malaysia

Malaysia adalah sebuah negara persekutuan yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran raja berperlembagaan. Malaysia diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang dipilih daripada sembilan sultan negeri Melayu untuk berkhidmat selama lima tahun sebagai Ketua Negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera.

Sistem ini adalah berdasarkan kepada Sistem Westminster kerana Malaysia terhasil dari bekas tanah jajahan British. Kuasa eksekutif ditetapkan oleh kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri. Berdasarkan kepada Perlembagaan Malaysia, Perdana Menteri mestilah seorang anggota Dewan Rakyat, yang pada pendapat Yang di-Pertuan Agong (YDPA), memimpin kumpulan majoriti dalam Parlimen. Manakala kabinet merupakan ahli parlimen yang dipilih daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Baca lanjut di sini.

Ahad, 14 Mac 2021

Kesatuan Eropah (EU)

Idea mengenai kewujudan Kesatuan Eropah (EU) muncul selepas dua peperangan yang besar berlaku di Eropah. Negara Eropah melihat bahawa adalah lebih baik mereka bekerjasama berbanding dengan bercakaran sesama sendiri.

Pada awalnya, hanya enam negara sahaja yang mula bekerjasama sesama sendiri iaitu:

  • Belgium
  • Jerman
  • Perancis
  • Itali
  • Luxembourg
  • Belanda
Tidak lama selepas itu, lebih banyak negara Eropah mula menyertai mereka dan menyebabkan munculnya European Union atau Kesatuan Eropah. Sehingga kini, sebanyak 27 buah negara Eropah menyertai EU dari Austria sehingga Sweden. Pada Jun 2016, United Kingdom mula berura-ura untuk berhenti menjadi sebahagian daripada EU.
Rujukan
  • Overview, European Studies, University of Amsterdam

Ahad, 17 Januari 2021

Politik dan Pembuatan Keputusan

Berikut adalah rujukan-rujukan yang perlu diketahui sebagai latihan untuk menjaga kerajaan negeri sendiri.

Rujukan-Rujukan