Sejarah Hubungan Antarabangsa

Sejarah hubungan-hubungan antarabangsa ini sudah wujud sejak beribu tahun yang lalu. Barry Buzan dan Richard Little sebagai contoh, menganggap bahawa interaksi antara negara-negara kota Sumeria sudah bermula sejak 3,500 SM. Interaksi ini mewujudkan sistem antarabangsa yang berfungsi penuh di muka bumi pada ketika itu.

Sejarah hubungan-hubungan antarabangsa adalah berdasarkan kepada negara-negara berdaulat dan banyak lagi jenis perkara yang selalunya boleh dijejaki dari Perdamaian Westphalia 1648 yang menjadi batu loncatan kepada kemunculan sistem negara moden. Sebelum Perdamaian Westphalia, organisasi kekuasaan politik di Eropah pada zaman pertengahan bertumpu secara kaburnya kepada susunan keagamaan yang berhierarki. Bercanggahan pula dengan kepercayaan popular, Westphalia masih lagi merangkumi sistem kedaulatan yang berlapis-lapis, terutamanya dalam Empayar Suci Romawi.

Selain daripada Perdamaian Westphalia, Perjanjian Utrecht 1713 juga diperkirakan mencerminkan norma yang muncul pada ketika itu bahawa negara-negara berdaulat tidak mempunyai persamaan dalaman dalam satu rantau yang telah ditetapkan dan tiada pula pihak luar yang bertindak sebagai kuasa tertinggi dalam wilayah kedaulatan sesuatu negara.

Dunia menyaksikan pula kemunculan negara-negara berdaulat yang merdeka pada 1500-1789, penubuhan institusi diplomatik dan penubuhan institusi ketenteraan. Revolusi Perancis memberikan idea baru lagi bahawa kedaulatan sesuatu negara itu tidak terletak kepada putera-putera raja atau oligarki tetapi kedaulatan negara itu terletak kepada rakyatnya. Negara-negara yang rakyatnya adalah kedaulatan negara itu digelar sebagai negara bangsa. Hal ini adalah berbeza dengan negara monarki dan negara agama.

Istilah republik kemudian menjadi sinonim pula kepada negara bangsa. Model alternatif negara bangsa turut muncul dalam kalangan orang Jerman dan lain-lain sebagai tindakbalas kepada konsep republik di Perancis. Konsep republik mereka ini tidak melupuskan kedudukan putera-putera raja serta bangsawan mereka dan mereka menetapkan bahawa negara bangsa itu adalah berdasarkan kepada syarat-syarat etnolinguistik. Hal ini memunculkan idealisasi bahawa semua orang yang bercakap dalam satu bahasa itu berada dalam satu negara sahaja. Tuntutan yang sama terhadap kedaulatan dibuat oleh dua bentuk negara bangsa ini. Di Eropah pada hari ini, beberapa negara mengikut kedua-dua jenis definisi negara bangsa yang disebutkan itu. Kebanyakan negara Eropah juga masih lagi meneruskan kedaulatan bermonarki dan sukar sekali untuk menemui negara bangsa Eropah yang homogenus.

Sistem Eropah yang menyatakan bahawa negara-negara berdaulat itu adalah setara dibawa masuk ke benua Amerika, Afrika dan Asia menerusi penjajahan. Sistem Eropah ini menjadi 'standard ketamadunan' di muka bumi pada hari ini juga menerusi penjajahan negara-negara Eropah. Sistem antarabangsa kontemporari yang akhirnya muncul pada abad ini adalah hasil dari proses penyah-jajahan semasa Perang Dingin. Walau bagaimanapun, hal ini sebenarnya hanyalah satu ringkasan yang melampau bagi memberikan kefahaman awal sahaja. Sistem negara bangsa yang dianggap 'moden' ini sebenarnya masih belum menjalinkan sistem ini lagi dalam pentadbiran mereka sekaligus menyebabkan mereka diistilah sebagai negara 'pra-moden'.

Selanjutnya, beberapa negara telah berubah dari desakan kepada kedaulatan mutlak lalu mereka bolehlah dianggap sebagai 'pasca moden'. Kemampuan perbincangan hubungan antarabangsa kontemporari untuk menjelaskan hubungan-hubungan pelbagai jenis negara ini masih lagi diragukan. 'Tahap-tahap analisis' lalu menjadi satu cara untuk mengkaji sistem antarabangsa yang dalamnya itu termasuklah tahap individual, negara domestik sebagai satu unit, tahap antarabangsa merentasi sempadan negara dan hal-ehwal antarakerajaan serta tahap global.

Hal yang disebut sebagai teori hubungan-hubungan antarabangsa itu muncul hanya selepas Perang Dunia I. Teori Hubungan Antarabangsa ini mempunyai tradisi lama yang bergantung kepada karya-karya dari cabang-cabang bidang Sains Sosial. Penggunaan huruf besar 'I' dan 'R' untuk International Relations atau Hubungan Antarabangsa itu adalah untuk membezakan disiplin ini daripada fenomena hubungan-hubungan antarabangsa.

Untuk teori-teori realisme, ramai cendekiawan Hubungan Antarabangsa memetik karya-karya berikut:
  • Seni Peperangan oleh Sun Tzu dari abad ke-6 SM
  • Sejarah Peperangan Peloponnesia dari abad ke-5 SM
  • Kitab Arthasastra oleh Chanakya dari abad ke-4 SM
Penjelasan lanjut bagi rujukan-rujukan untuk teori-teori realisme pula boleh didapati dalam Leviathan karangan Hobbes dan The Prince karangan Machiavelli. Begitu juga halnya dengan teori liberalisme yang rujukan mengenainya diambil dari karya-karya Kant dan Rosseau. Karya-karya Kant juga turut dipetik untuk penjelasan awal bagi teori keamanan demokrasi.
 
Walaupun hak asasi manusia kontemporari dianggap berbeza dari jenis-jenis hak yang diwawasankan dalam undang-undang semulajadi namun Francisco de Vitoria, Hugo Grotius dan John Locke memberikan catitan-catitan awal berkenaan hak-hak tertentu yang layak ke atas seorang manusia sebagai asas kepada kemanusiaan sejagat. Sebagai tambahan kepada teori-teori internasionalisme liberal, teori Marxisme turut menjadi asas kepada hubungan-hubungan antarabangsa pada abad ke-20.