Teori Hubungan Antarabangsa ini adalah pengajian Hubungan Antarabangsa (IR) dari perspektif teori. Teori ini dirangka untuk membingkaikan konsep yang membolehkan analisis dijalankan ke atas fenomena hubungan-hubungan antarabangsa.
Oleh Holsti menjelaskan teori-teori hubungan antarabangsa ini sebagai sepasang kaca mata berwarna yang membolehkan pemakainya melihat kejadian-kejadian penting yang relevan dengan teori tersebut. Sebagai contoh, seorang pengikut kepada perspektif realisme boleh mengabaikan terus kejadian yang dipandang sebagai penting oleh seorang pengikut perspektif konstuktivisme dan sebaliknya.
Tiga teori yang terpenting sekali yang diajarkan dalam pengajian IR ini adalah:
- Realisme
- Liberalisme
- Konstruktivisme
Kadang-kala institutionalisme yang dicadangkan dan diperkembangkan oleh Keohane dan Nye turut dibincangkan dalam perbincangan ilmiah sebagai salah satu contoh teori yang membezakan sesuatu fenomena itu dengan perspektif liberalisme.
Teori-teori IR boleh dibezakan kepada teori positivist atau rationalist yang menumpukan kepada analisis pada tahap negara. Sedangkan teori post positivist atau reflectivist pula menjalinkan kaedah-kaedah keselamatan yang terdiri daripada kelas, jantina dengan keselamatan pasca penjajahan. Banyak sekali cara pemikiran yang bercanggah wujud dalam teori IR contohnya seperti konstruktivisme, institutionalisme, marxisme, neo-gramscianisme dan lain-lain. Namun, dua aliran pemikiran yang terkenal sekali adalah dari jenis teori positivist iaitu teori realisme dan teori liberalisme. Pada masa kini, teori konstruktivisme juga semakin diterima pakai dalam kalangan orang ramai.