Pengenalan Pengajian Sains Sosial

Sains sosial ini merangkumi sejumlah besar disiplin akademik yang kita pelajari di universiti dan kolej. Oleh itu, bagi mereka yang mengambil bidang seperti bahasa sekali pun, anda sebenarnya telah pun berada dalam lingkungan ilmu kemasyarakatan.

Disiplin sains sosial ini didefinisikan dan diiktiraf oleh jurnal akademik yang diterbitkan, dipelajari oleh persatuan sains sosial, jabatan akademik atau fakulti pengamalnya. Bidang sains sosial ini boleh jadi berada di bawah disiplin kecil atau cawangan disiplin akademik di universiti atau kolej. Bidang yang aku boleh senaraikan adalah seperti berikut:

  • Antropologi
  • Ekonomi
  • Geografi
  • Hubungan Antarabangsa
  • Hubungan Industri
  • Kerja Sosial
  • Linguistik
  • Pembangunan Mapan
  • Pendidikan
  • Pengajian Agama
  • Pengajian Gender
  • Pengajian Komunikasi dan Media
  • Pengajian Perniagaan
  • Pengajian Persekitaran
  • Pentadbiran Awam
  • Psikologi
  • Sains Perpustakaan
  • Sains Politik
  • Sejarah
  • Sosiologi
  • Undang-Undang
Berdasarkan maklumat, golongan positivis menggunakan kaedah yang hampir serupa dengan kaedah dalam sains alam semulajadi. Sains sosial ini dilihat oleh mereka sebagai alat untuk kita memahami masyarakat. Selain itu, mereka menafsirkan bahawa definisi sains sosial mereka adalah ketat dalam makna moden.

Dalam pada itu, terdapat juga golongan interpretivis yang berspekulasi dengan berpandukan kepada kritikan sosial atau penafsiran simbolik berbanding dengan menghasilkan teori empirik yang boleh saja dipatahkan. Oleh itu, golobgan interpretivis ini dikatakan sebagai golongan yang melihat ilmu ini dengan pandangan yang lebih longgar.

Penyelidik selalu bersikap eklektik dalam menjalankan penyelidikan yang mana mereka menggunakan kaedah kuantitatif atau kualitatif. Istilah sains sosial ini memberikan maksud tersirat yang mana kamu perlulah mempunyai autonomi yang tiggi kerana pengamalnya berasal dari pelbagai disiplin ilmu serta berkongsi kaedah dan manfaat bersama.