Antropologi

Antropologi ialah "sains manusia" yang holistik, sejenis sains yang mengkaji mengenai keseluruhan kewujudan manusia. Disiplin ini menjalinkan beberapa aspek yang berbeza dalam sains sosial, kemanusiaan dan biologi.

Dalam abad ke-12 masihi, disiplin akademik selalunya terbahagi secara institusinya kepada tiga domain utama yang luas iaitu:

  • Sains Tulin yang menerbitkan beberapa undang-undang menerusi eksperimen yang boleh dilaksanakan berkali-kali serta boleh disahkan;
  • Kemanusiaan yang umumnya mengkaji tradisi tempatan menerusi sejarah, sastera, musik dan kesenian dengan penekanan diberikan kepada pemahaman mengenai individu tertentu, kejadian atau era dalam sesuatu zaman; dan
  • Sains Sosial yang cuba untuk memperkembang kaedah saintifik dalam memahami fenomena sosial dengan cara yang umum walaupun selalunya dengan kaedah yang berbeza daripada kaedah yang digunakan dalam Sains Tulin.