Hubungan Antarabangsa

Pengajian antarabangsa atau International Relations (IR) membincangkan mengenai interaksi yang berlaku dalam kalangan negara berdaulat di seluruh dunia. Pengajian saintifik mengenai interaksi itu digelar sebagai pengajian antarabangsa, politik antarabangsa atau hal ehwal antarabangsa.

Dalam makna yang lebih meluas lagi, pengajian IR bersama dengan hubungan multilateral, mempunyai perkaitan pula dengan segala aktiviti yang melibatkan interaksi antara negara contohnya seperti peperangan, diplomasi, perdagangan dan dasar luar negara. Di samping itu, ia membincangkan juga mengenai hubungan antara aktor antarabangsa seperti pertubuhan antara kerajaan antarabangsa (IGO), pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa (INGO), badan perundangan antarabangsa dan perbadanan multinasional (MNC).

Masukkan maklumat lain lagi dalam bahagian ini supaya pemahaman kamu lebih mendalam dan mudah untuk berbincang dengan orang dalam mesyuarat.