Linguistik

Linguistik adalah pengajian saintifik mengenai bahasa. Linguistik ini didasarkan kepada teori dan juga pengajian deskriptif bahasa serta dikaitkan dengan bidang gunaan pengajian bahasa serta pembelajaran bahasa yang seterusnya mengandungi pengajian bahasa tertentu. Sebelum abad ke-20 masihi, linguistik berevolusi selaran dengan pengajian kesusasteraan dan tidak menggunakan sebarang kaedah saintifik pun. 

Linguistik moden dianggap sebagai sejenis sains kerana ia mengandungi analisis semua aspek dalam bahasa yang tersusun, objektif, dan tepat. Contohnya, ia mengkaji kognitif bahasa, masyarakat pengguna bahasa, kebudayaannya, psikologi bahasa, persekitaran bahasa, biologinya, kesusasteraannya, tatabahasa, paleografi dan struktur bahasa itu.   

Mohon lanjutkan di sini. 

Rujukan lanjut boleh juga didapati di dalam blok aku yang satu lagi dalam pos yang berjudul, "Pengajian Bahasa" di mana aku mengumpulkan beberapa nota berdasarkan pengalaman aku dalam pengajian Penterjemahan dan Kejurubahasaan.