Sertai PBB

Piagam PBB bermula dengan, "Kita semua."
Bekerjalah dengan PBB dan sama-sama kita mencorakkan masa depan

Laman sesawang PBB menyatakan bahawa banyak sekali cara untuk menyertai organisasi ini dan melibatkan diri dengan aktivitinya.

Anda boleh memohon dan menjadi seorang kakitangan ahli, seorang sukarelawan atau pun seorang pelatih. Anda boleh berhubung dengan PBB melalui media sosial dan menyertai perbualan global mengenai isu yang melanda umat manusia.

Selain itu, anda boleh menghubungkan badan bukan kerajaan (NGO) anda dengan PBB, atau menyertai UN Global Compact atau Pakatan Global PBB, jika anda berada dalam sektor swasta.

Di samping itu, anda boleh menjalankan penyelidikan mengenai PBB, mengajar kursus mengenai PBB atau membuat liputan mengenai PBB sebagai seorang wartawan.