Bidang Kerja PBB

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sendiri adalah merupakan sebahagian daripada Sistem PBB. Kerjasama antara PBB dengan entiti lain dalam sistem PBB penting bagi mencapai tujuan pertubuhan yang digariskan dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Sejak Piagam ini ditulis, PBB telah menerima mandat untuk menjalankan kerja yang baru yang tidak pernah dibayangkan pada masa pengasasannya. Pertubuhan ini juga menetapkan matlamat bagi membangunkan dunia yang lebih mampan, dan bersetuju bahawa tindakan bersama adalah penting bagi melambatkan proses perubahan iklim dunia. Oleh kerana masalah kemanusiaan bertambah saban tahun, maka bidang kerja PBB pun bertambah.

PBB dan sistem PBB bekerjasama dalam lima (5) bidang kerja yang boleh dan selalu bertindan antara satu sama yang lain.