Pengenalan Dasar Utama Kerajaan

Dasar awam adalah sebarang keputusan dan tindakan kerajaan melibatkan masyarakat atau kepentingan negara dan menggunakan sumber kewangan kerajaan bagi tujuan tersebut. Sebagai pejawat awam, setiap anggota perkhidmatan awam pasti terlibat dalam peringkat tertentu proses dasar terutamanya sebagai pelaksana dasar.

Pada akhir pelajaran ini, saya akan dapat:

  • menyatakan dan menerangkan definisi dasar awam
  • menyatakan dan menerangkan proses dan kitaran dasar
  • menyatakan faktor kejayaan dan kegagalan dasar awam
  • menyatakan hala tuju dasar awam negara

Definisi Dasar Awam

Dasar awam adalah sebarang dasar atau projek, program, rancangan atau sebarang cadangan dari pihak kerajaan untuk mencapai matlamat atau tujuan yang ditentukan.

Thomas Dye mendefinisikan dasar awam sebagai public and its problems yang bermaksud "apabila timbul sesuatu masalah yang melibatkan rakyat maka kerajaan akan berusaha untuk menyelasaikan masalah tersebut dengan menggubal dasar untuk tujuan penyelesaian masalah tersebut".

Contoh-contoh dasar utama kerajaan adalah dasar pendidikan, dasar pertanian, dasar perindustrian, dasar automatif nasional, dasar pandang ke timur dan dasar ekonomi baru.

Proses Dasar Awam

Dalam penggubalan dasar awam, terdapat sebanyak empat peringkat yang perlu dilalui oleh pembuat dasar iaitu:

Faktor Kejayaan Dasar Awam

Faktor-faktor yang menjamin kejayaan dasar awam adalah seperti berikut:

  • Dasar tersebut ditadbir oleh pentadbir atau pemimpin yang berkebolehan, berkeupayaan dan berpengetahuan.
  • Dasar yang dilaksanakan itu mendapat sokongan rakyat.
  • Dasar yang dilaksanakan itu adalah politically acceptable atau diterima oleh pemimpin politik.
  • Dasar mempunyai sumber dana kewangan yang mencukupi.
  • Dasar mendapat sokongan penuh dari institusi.
  • Dasar diselaras dengan cekap dan teratur.
  • Dasar mempunyai matlamat yang jelas.
  • Dasar tersebut diputuskan secara kolektif oleh pihak berkuasa.
  • Dsar tersebut anjal dan pembuat dasar bersedia menerima pandangan orang awam.

Faktor Kegagalan Dasar Awam

Faktor yang menyebabkan dasar awam itu menghadapi kegagalan adalah seperti berikut:

  • Strategi alternatif tidak dicuba.
  • Perubahan situasi semasa seperti krisis ekonomi, wabak penyakit, peperangan dan bencana alam.
  • Pertindihan antara dasar.
  • Hubungan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri yang tidak baik.
  • Pemilihan instrumen dasar yang salah.
  • Kemahuan politik.
  • Sumber kewangan yang tidak mencukupi untuk menyokong dasar.
  • Kepentingan pihak tertentu.
  • Birokrasi.
  • Integriti.
  • Kurang penyertaan orang awam sendiri.

Halatuju Dasar Awam

Misi Nasional akan menjadi panduan dalam penggubalan dasar awam yang baru sehingga negara mencapai wawasan 2020. Pelaksanaan dasar sedia ada perlu diperkemas supaya dapat menyokong visi dan misi yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Berikut adalah lima teras dalam Misi Nasional iaitu:

  • meningkatkan ekonomi dalam rantaian yang lebih tinggi.
  • meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama.
  • menangani masalah ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang berterusan secara membina dan produktif.
  • meningkatkan tahap dan kemapanan kualiti hidup.
  • mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara.

Aktiviti berkenaan Dasar Awam

Sila pilih contoh instrumen dasar yang betul bagi setiap soalan.

1. Huraian: Mengadakan peraturan dan perundangan untuk memaksa kelakuan tertentu manusia.

    Contoh: Undang-undang kawalan harga barangan untuk memastikan keadilan kepada pengguna

Huraian dan contoh ini merujuk kepada instrumen perundangan dan peraturan.

2. Huraian: Menggunakan insentif dan subsidi untuk menggalakkan kelakuan tertentu manusia melalui   perubahan kos atau harga relatif barangan yang lebih tinggi.

    Contoh: Pemberian subsidi baja kepada petani untuk meningkatkan hasil pertanian.

Huraian dan contoh ini merujuk kepada instrumen subsidi dan insentif.

3. Huraian: Menggunakan cukai dan caj untuk mengubah kelakuan manusia melalui perubahan harga relatif barangan yang lebih tinggi.

    Contoh: Kenaikan cukai rokok untuk mengurangkan tabiat merokok.

Huraian dan contoh ini merujuk kepada instrumen cukai.

4. Huraian: Menggunakan kempen untuk mengubah kecenderungan manusia.

    Contoh: Kempen penjimatan elektrik dan air atau kempen bahaya merokok.

Huraian dan contoh ini merujuk kepada instrumen galakan dan kempen.