Peringkat pertama dalam penggubalan dasar adalah proses mengenalpasti isu dan masalah. Ia adalah proses terpenting dalam pembentukan dasar. Hal ini kerana, jika masalah yang sebenar tidak dapat dikenalpasti maka dasar yang digubal kelak tidak akan memberikan kesan kepada penyelesaian isu dan masalah yang timbul.
- Apakah isu dan masalah yang timbul? Sebagai contoh, apakah masalah sebenar dalam pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris? Adakah masalah ini disebabkan oleh pelajar gagal menguasai sains dan matematik atau masalah bahasa Inggeris atau kedua-duanya sekali?
- Kenalpasti punca berlaku isu dan masalah. Proses mengenalpasti isu dan masalah ini tidak akan berjaya tanpa data dan maklumat yang tepat serta boleh dipercayai.
- Mengumpul data dan maklumat. Pengumpulan data dan maklumat haruslah tepat.
- Analisis data. Proses menganalisis data yang diperolehi akan memberi gambaran sebenar kepada isu dan masalah yang dihadapi.
- Kemukakan idea. Selepas menganalisis semua data, proses perbincangan akan berlangsung bagi mendapatkan jalan penyelesaian kepada isu dan masalah.