Penilaian dasar boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:
- Ex ante evaluation atau penilaian sebelum pelaksanaan
- Ex post evaluation atau penilaian selepas pelaksanaan
Definisi Instrumen Dasar
Instrumen atau tool bagi dasar merupakan satu mekanisme terbaik yang digunakan untuk mencapai matlamat dasar. Pemilihan instrumen dasar bergantung kepada:
- keadaan ekonomi domestik dan luar negara; dan
- keupayaan kewangan negara seperti dalam pemberian subsidi petrol.
Tujuan Penilaian Dasar
Kenapakah kita perlu menilai sesuatu dasar sebelum dan selepas pelaksanaannya? Berikut adalah sebabnya:
- menghasilkan maklumat mengenai keberkesanan dasar secara menyeluruh
- penting supaya pembuat dasar dapat menambahbaik setiap proses dasar
- memaksimumkan sumber seperti tenaga kerja, kewangan, tempoh masa dan outcome atau hasil
- meningkatkan akauntabiliti pejawat awam dan agensi kerajaan
Mekanisme Penilaian Dasar
Berikut adalah mekanisme yang digunakan untuk menilai sesuatu dasar awam iaitu:
- Balanced Score Card
- Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
- Outcome Based Approach
Pekeliling dan Garis Panduan
Antara pekeliling dan garis panduan yang digunakan berkaitan dengan mekanisme penilaian dasar adalah seperti berikut:
- PKPA Bil. 2 Tahun 2005 - Garis Panduan Mewujudkan Petunjuk-Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Melaksanakan Pengukuran Prestasi di Agensi Kerajaan
- Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 2005 Jabatan Perdana Menteri - Garis Panduan dan Penilaian Program Pembangunan
- Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) - Outcome Based Approach
Kriteria Penilaian Dasar
Setiap dasar awam boleh dinilai dengan kriteria-kriteria seperti berikut:
- Effectiveness, keberkesanan
- Certainty, kepastian
- Cost, kos
- Efficiency, kecekapan
- Availability of choices, pilihan kepada rakyat
- Timeliness, menepati masa
- Accountability, kebolehtanggungan
- Flexibility, keanjalan
- Visible, diketahui umum