Hubungan antarabangsa diklasifikan secara meluas sebagai salah satu disiplin cawangan terbesar di bawah sains politik bersama dengan bidang yang berikut:
- politik perbandingan
- teori politik
- kaedah politik
- pentadbiran awam
Selain itu ia turut mempunyai perkaitan yang rapat dengan bidang seperti antropologi, ekonomi, geografi, undang-undang, falsafah, sosiologi dan sejarah.
Sementara itu, politik antarabangsa telah pun dianalisa sejak zaman purba lagi, namun hubungan antarabangsa tidak diteliti dengan mendalam sebagai satu bidang sehinggalah menjelang tahun 1919 apabila ia ditawarkan sebagai bidang major untuk ijazah sarjana muda di Universiti Aberystwyth di United Kingdom.
Selepas Perang Dunia Kedua, hubungan antarabangsa pun menjadi bidang yang terpenting dalam kesarjanaan terutamanya di Amerika Utara dan Eropah Barat sebagai tindak balas kepada keperluan geostrategik Perang Dingin. Kejatuhan Soviet Union dan kemunculan globalisasi pada lewat abad ke-20 masihi memerlukan teori baru bagi menilai sistem antarabangsa yang pantas berubah itu.