Sabtu, 12 Jun 2021

Politik dan Pentadbiran Malaysia

Malaysia adalah sebuah negara persekutuan yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran raja berperlembagaan. Malaysia diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang dipilih daripada sembilan sultan negeri Melayu untuk berkhidmat selama lima tahun sebagai Ketua Negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera.

Sistem ini adalah berdasarkan kepada Sistem Westminster kerana Malaysia terhasil dari bekas tanah jajahan British. Kuasa eksekutif ditetapkan oleh kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri. Berdasarkan kepada Perlembagaan Malaysia, Perdana Menteri mestilah seorang anggota Dewan Rakyat, yang pada pendapat Yang di-Pertuan Agong (YDPA), memimpin kumpulan majoriti dalam Parlimen. Manakala kabinet merupakan ahli parlimen yang dipilih daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Baca lanjut di sini.