Isnin, 3 Disember 2018

Orang Asli Semenanjung Malaysia


Aku kurang pasti sama ada istilah Orang Asli ini sesuai atau tidak dengan komuniti-komuniti yang telah berada di Semenanjung Malaya sejak beribu-ribu tahun dahulu. Namun, istilah ini telah digunapakai dalam penubuhan akta yang berkaitan dengannya sejak zaman pembentukan Malaysia lagi. Komuniti-komuniti ini sebenarnya tersebar di seluruh Semenanjung Malaysia namun mereka sering terlepas dari pandangan masyarakat umum.

Sebagai pengenalan, Orang Asli ini merujuk kepada penduduk peribumi di rantau yang dikenali sebagai Malaya. Mereka terbahagi kepada tiga bangsa utama iaitu:
  • Negrito, bertumpu di utara Semenanjung
  • Senoi, bertumpu di rantau tengah Semenanjung
  • Melayu Tua, bertumpu di rantau selatan dan pesisir pantai barat Semenanjung
Untuk rujukan lanjut mengenai hal di atas, silakan klik di sini.

Source Pic: Orang Asli Museum via Sayfol International School (online)