Rujukan Orang Asli

Kelompok Negrito dan kelompok Senoi majoritinya bertutur dalam bahasa jenis Austroasia atau bahasa jenis Mon-Khmer sebagai bahasa ibunda mereka. Manakala, kelompok Melayu Tua atau Proto-Malays pula adalah kelompok orang Melayu yang berbahasa dalam kelompok bahasa Austronesia atau Malayo-Polinesia. Bahasa mereka adalah berkaitan dengan bahasa Melayu Jati yang menjadi bahasa kebangsaan di Malaysia, Singapura dan Brunei. 

Nenek moyang orang Melayu Tua telah berhijrah ke rantau yang dikenali sebagai Malaya ini dari sekitar 2500 SM dan 1500 SM. Di utara Semenanjung Malaya pula, penduduk berbangsa Melayu kebanyakannya berketurunan Melayu Tua peranakan kerana perkahwinan campur. Oleh itu, penduduk asli di sana lebih difokuskan kepada mereka dari bangsa Negrito sedangkan terdapat juga Orang Laut dalam kelompok Melayu Tua yang tidak didaftarkan sebagai Orang Asli.