Selasa, 15 Mei 2018

Konsep Hak Asasi Manusia


Buat masa ini aku sebenarnya cuba untuk memahami konsep hak asasi manusia. Semua orang pun mempunyai hak asasi mereka namun hak yang bagaimanakah yang dibingkaikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai hak asasi manusia? Bagaimanakah konsep ini disesuaikan di negara aku iaitu negara Malaysia?

Aku telah membuat pinjaman buku-buku mengenai hak asasi manusia namun aku masih tidak mempunyai masa dan angin pun masih tidak baik lagi untuk memulakan pembacaan serius. Untuk menghadamkan konsep yang baru bagi kita ini pastilah akan mengambil masa yang lama. Kecualilah jika seseorang itu memang seorang yang hebat atau gifted maka hal ini mungkin mudah bagi mereka. Bagi aku, aku cuma seorang biasa sahaja. Aku bukan seorang yang gifted atau mempunyai kebijaksanaan istimewa seperti manusia-manusia anugerah Tuhan lain. Baca lanjut di sini.

Gambar: Diambil aku sendiri pada 15 Mei 2018 pada jam 22.30. Kredit kepada aku.