Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) atau the National Human Rights Commission of Malaysia adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597) dengan mandat untuk melindungi, mempromosi dan memantau situasi hak asasi manusia di Malaysia.

Fungsi Suruhanjaya
  • Mempromosikan kesedaran berkenaan dengan hak asasi manusia di Malaysia;
  • Memberi nasihat dan membantu kerajaan dalam memformulasi perundangan dan prosedur-prosedur serta memberikan langkah-langkah yang perlu kepada kerajaan berhubung dengan hak asasi manusia di Malaysia;
  • Memberi syor kepada kerajaan mengenai pematuhan atau kenaikan Malaysia ke dalam perjanjian-perjanjian serta instrumen antarabangsa yang melibatkan hak asasi manusia; dan
  • Menyiasat aduan-aduan berkaitan dengan pelanggaran hak asasi manusia di Malaysia.
Setakat yang aku dapat perhatikan, aku sering bertemu dengan orang ramai yang masih lagi kabur-kabur mengenai badan hak asasi manusia nasional ini. Mereka ingatkan bahawa badan ini adalah badan bukan kerajaan sedangkan ia adalah sejenis badan berkanun bebas. Terdapat juga orang awam yang ingin menggunakan badan ini untuk membalas dendam kepada anggota-anggota agensi penguatkuasaan sedangkan tujuan badan ini ditubuhkan adalah untuk hal-hal yang termaktub di dalam aktanya sahaja.

Sangkaan aku bahawa keadaan ini akan berubah selepas pilihanraya pada Mei 2018 adalah meleset sama sekali kerana keadaan menjadi semakin buruk terutamanya di Lembah Klang yang menjadi lokasi badan ini bertapak. Hal politik dalaman di badan sekangkang kera ini jangan ceritalah kerana aku berasa terseksa apabila memikirkannya. Silakan baca lanjut mengenai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia di sini