Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Semasa di bangku sekolah, aku pernah mendengar mengenai United Nations (UN) atau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam pelajaran Sejarah namun topik ini sebenarnya tidak disentuh langsung pun oleh guru. Mungkin kerana mereka tidak mengetahui lanjut mengenai pertubuhan ini dan hanya mengejar silibus pengajaran seperti yang diarahkan kepada mereka.

PBB ini adalah pertubuhan antarabangsa (IGO) yang bergiat dalam bidang diplomasi dan politik. Tujuan penubuhannya adalah untuk memastikan keamanan dan keselamatan dunia, menjalinkan hubungan persahabatan dalam kalangan negara bangsa dunia, mencapai kerjasama antarabangsa dan menjadi pusat mengharmonikan tindakan semua negara bangsa dunia.

PBB juga merupakan pertubuhan antarabangsa yang terbesar sekali di dunia. Ibu pejabatnya berada di New York, Amerika Syarikat (AS), namun ia mempunyai keistimewaan melampaui sempadan di AS. Selain itu, PBB juga mempunyai pejabat lain di Geneva, Nairobi, Vienna, dan The Hague di mana Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang beribu pejabat di Istana Keamanan.

Mohon sambungan lanjut bagi menambahkan wawasan aku sendiri. Terima kasih.