Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu sendiri hanyalah satu bahagian daripada Sistem PBB. Kerjasama antara PBB dan entiti lain dalam sistem PBB adalah penting untuk mencapai tujuan Pertubuhan seperti yang digariskan dalam Piagam PBB.

Sejak Piagamnya ditulis, PBB telah diberikan mandat untuk melaksanakan kerja baru yang tidak pernah dibayangkan oleh sesiapa semasa ia ditubuhkan. Pertubuhan ini telah menetapkan matlamat untuk membina dunia yang mampan dan bersetuju untuk mengambil tindakan bersama bagi memperlahankan perubahan iklim. Kerja PBB berkembang seiring dengan bertambahnya masalah yang dihadapi manusia.

  • Pelan Kerja PBB - Resolusi yang diluluskan secara tidak rasmi di Ibu Pejabat PBB di New York, Perhimpunan Agung, Majlis Keselamatan serta Majlis Ekonomi dan Sosial boleh dianggap sebagai "Pelan Kerja" PBB. Sekretariat seterusnya akan melaksanakan kerja ini bersama-sama dengan entiti dalam sistem PBB.  
  • Sekretariat PBB - Sekretariat PBB berpusat di Bandar Raya New York dengan pejabat di Geneva, Vienna dan Nairobi. Sebahagian daripada Sekretariat PBB termasuk jugalah Suruhanjaya Ekonomi Serantau yang terletak di Addis Ababa, Bangkok, Beirut, Geneva dan Santiago.  
  • Sistem PBB - Semua dana, program, agensi khusus dan entiti dalam sistem PBB mempunyai bajet, mandat, kepimpinan dan ibu pejabat masing-masing. Mereka juga mempunyai pejabat serantau dan tempatan di semua kawasan geografi utama dunia, sama jugalah seperti PBB itu sendiri. 

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan sistem PBB bekerjasama dalam lima bidang yang boleh jadi atau sering kali bertindan antara satu sama lain. Jadi, apakah kerja-kerja yang dibuat oleh PBB dan sistem PBB? Maka, berikut disenaraikan lima kerja utama yang dijalankan oleh PBB dan sistem PBB:

  • Memelihara Keamanan dan Keselamatan Antarabangsa
  • Melindungi Hak Asasi Manusia
  • Menyampaikan Bantuan Kemanusiaan
  • Menyokong Usaha Pembangunan Mapan dan Tindakan Iklim
  • Menegakkan Undang-Undang Antarabangsa

Rujukan untuk mendapatkan maklumat terperinci dalam talian boleh dibuat dengan mengakses laman "Our Work" melalui sesawang United Nations.